Holgado semakin hampir rangkul gelaran Rookie of The Year

Daniel Holgado daripada pasukan CFMOTO RCB Aspar Team muncul pelumba terpantas dalam sesi Kelayakan sesi kedua (Q2) kelas Moto2 Grand Prix (GP) Malaysia 2025 apabila mencatat masa baharu rekod litar 2 minit 02.858 saat, sekali gus menempah petak utama (pole position) dengan kelebihan lebih setengah saat berbanding pencabar terdekat.

Pelumba muda itu menampilkan tunggangan cemerlang di Litar Antarabangsa Sepang, menewaskan Barry Baltus (Fantic Racing) dan Jake Dixon (ELF Marc VDS Racing Team) yang melengkapkan barisan hadapan.

Namun, sesi kelayakan itu turut menyaksikan ketegangan antara dua pesaing kejuaraan, Manuel Gonzalez (Liqui Moly Dynavolt Intact GP) dan Diogo Moreira (Italtrans Racing Team). Dalam pusingan awal Q2, Moreira dilihat memotong Gonzalez di selekoh pertama, menyebabkan pelumba Sepanyol itu tersasar sedikit dan kehilangan momentum.

Tidak lama kemudian, Gonzalez membalas dengan satu tindakan berani di selekoh kedua, menambahkan lagi drama dalam perebutan gelaran musim ini.

Insiden itu memberi kesan besar terhadap keputusan akhir sesi, apabila Moreira melakukan kesilapan di selekoh keempat pada pusingan terakhir, memaksanya untuk berpuas hati di petak ke-16. Sementara itu, Gonzalez berjaya menyelamatkan kedudukan di tempat ketujuh, satu petak di hadapan Aron Canet (Fantic Racing) yang kini berada di tangga ketiga keseluruhan kejuaraan.

Barisan kedua pula diisi oleh Albert Arenas (ITALJET Gresini Moto2), Daniel Muñoz (Red Bull KTM Ajo) yang sebelum ini naik podium di GP Catalunya, dan David Alonso (CFMOTO RCB Aspar Team) yang menamatkan perlumbaan minggu lalu di tempat kedua. Dengan kedudukan semasa, tumpuan kini tertumpu sepenuhnya kepada pertarungan sengit antara Gonzalez dan Moreira, yang bakal menentukan hala tuju kejuaraan dunia musim ini.

Walau begitu, Canet, Baltus dan Dixon juga masih berpeluang mencabar, sementara Holgado, yang kini semakin hampir meraih gelaran Rookie of the Year, dilihat bersedia untuk menutup musim pertamanya di Moto2 dengan penuh bergaya di Sepang.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related