MotoGP sahkan aksi di Misano sehingga 2031

Litar Dunia Misano Marco Simoncelli akan terus menjadi destinasi tetap dalam kalendar MotoGP sehingga tahun 2031.

Terkenal dengan suasana meriah, grandstand yang sentiasa penuh, dan semangat luar biasa penyokong setia, Misano kekal sebagai salah satu perlumbaan ikonik dalam siri kejohanan dunia ini.

Melalui kontrak baharu yang dimeterai, MotoGP disahkan akan kembali ke pesisir Rimini, berhampiran San Marino, untuk lima hujung minggu perlumbaan lagi dari tahun 2027 hingga 2031 menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Kami berbangga dan berbesar hati untuk terus menjadi tuan rumah MotoGP di wilayah kami,” ujar penganjur Grand Prix San Marino dan Rimini Riviera.

“Sejak 2007, pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat antara Republik San Marino, Wilayah Emilia-Romagna, serta beberapa majlis perbandaran termasuk Misano Adriatico, Rimini, Riccione, Cattolica, Bellaria Igea Marina dan Misano World Circuit.

“Bersama-sama, kami menjadikan MotoGP sebagai alat pemasaran wilayah yang inovatif dan berwawasan. Kini, dengan pelan pembangunan serta penglibatan peminat yang baharu, kami yakin ia akan meningkatkan lagi taraf dan pengalaman pelbagai peringkat untuk peminat dari seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, turut menyambut baik pengumuman ini dengan menyatakan kegembiraannya ke atas persetujuan bersama kedua-dua pihak dalam meneruskan acara ini di masa hadapan.

“Kami amat gembira untuk mengumumkan tambahan lima tahun di Misano. Grand Prix San Marino sentiasa menghadiahkan perlumbaan hebat, didorong oleh penyokong yang penuh semangat.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjadikan acara ini sebegitu istimewa, dan kami tidak sabar untuk bekerjasama lagi dengan Misano, San Marino, Emilia-Romagna serta seluruh Rimini Riviera yang setiap tahun hidup dengan gema bunyi MotoGP,” katanya.

Sejak kembali ke kalendar MotoGP pada tahun 2007, Misano telah menjadi pentas kepada detik-detik bersejarah termasuk kemenangan legenda tempatan Valentino Rossi pada 2008 dan 2009, serta kejayaan dua kali berturut-turut Dani Pedrosa pada 2010 dan 2011.

Pada era kini, nama seperti Marc Marquez, Francesco Bagnaia dan Pecco turut menambah koleksi kemenangan mereka di sini, menjadikan Misano bukan sahaja simbol semangat peminat Itali tetapi juga salah satu litar yang penuh dengan drama dan kenangan manis dalam sejarah MotoGP.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related