Pelumba pasukan IDEMITSU Honda LCR, Somkiat Chantra, disahkan akan terlepas aksi Grand Prix Austria dan Hungary selepas mengalami kecederaan ligamen di lutut kanan ketika menjalani latihan sejurus selepas GP Belanda.
Meskipun pelumba Thailand itu dimaklumkan bakal bekerja keras dalam proses pemulihan dengan sasaran untuk kembali beraksi di Red Bull Ring hujung minggu ini.
Namun, dalam satu laporan pada Rabu, Pengarah Perubatan MotoGP Ángel Charte, bersama pakar lutut di Hospital Universiti Dexeus, Barcelona, telah menjalankan penilaian perubatan dan memutuskan bahawa Chantra masih belum cukup pulih untuk kembali ke litar.
Situasi ini lebih mencabar buat pasukan IDEMITSU Honda LCR kerana beberapa pelumba ujian Honda dan calon pengganti turut berdepan masalah kecederaan masing-masing. Pasukan tersebut memaklumkan bahawa mereka tidak dapat mencari pengganti yang sesuai untuk GP Austria.
Walau bagaimanapun, menjelang pusingan seterusnya di Hungary yang akan berlangsung di Balaton Park minggu depan, pasukan mengesahkan bahawa pelumba ujian HRC, Aleix Espargaró, akan mengambil alih tempat Chantra. Pelumba bernombor #35 itu dijangka kembali beraksi di GP Barcelona.
Setakat selepas GP Republik Czech, Somkiat Chantra masih belum mencatat kejayaan mencuri mata yang signifikan dalam MotoGP musim ini, dan kini menduduki kedudukan ke-26 dalam carta pelumba keseluruhan. Pelumba muda Thailand itu hanya berjaya meraih 1 mata sepanjang musim, membolehkan beliau mengekalkan tempat di tangga terbawah dalam kalangan pelumba sepenuh masa.
Kedudukan ini menggambarkan realiti sukar di atas litar bagi Somkiat, yang masih giat berusaha membuktikan kemampuan dan mencari rentak bersama jentera RC213V milik IDEMITSU Honda LCR selaku pelumba rookie musim ini.
Baca juga:


