Jorge Martin kekal bersama Aprilia

Juara Dunia bertahan Jorge Martin mengakhiri segala spekulasi mengenai masa depannya apabila mengesahkan bahawa beliau akan terus kekal bersama pasukan Aprilia Racing bagi musim MotoGP 2026.

Pengumuman itu dibuat semasa sidang media di Brno, menjelang Grand Prix Republik Czech hujung minggu ini. Martin sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila menyatakan di media sosial bahawa beliau merancang untuk keluar dari Aprilia hujung musim ini melalui klausa kontraknya, manakala Aprilia pula menegaskan bahawa pelumba #1 itu masih terikat kontrak sehingga 2026.

Kini, segala persoalan telah terjawab.

Saya sangat gembira dapat kembali ke sini. Enam atau tujuh bulan lalu sangat sukar dengan pelbagai kecederaan, tetapi akhirnya saya kembali dan sudah bersedia untuk berlumba semula di MotoGP. Saya juga ingin umumkan secara rasmi bahawa saya akan terus bersama Aprilia untuk musim 2026,” jelas pelumba Sepanyol itu kepada media

Kepulangannya ke litar bukan sahaja memberi harapan baru buat Aprilia dalam kempen musim ini, malah mengukuhkan kestabilan pasukan menjelang musim hadapan.

Pengesahan ini menamatkan pelbagai khabar angin yang mengaitkan Jorge Martin dengan perpindahan ke pasukan lain, termasuk kemungkinan besar ke Ducati atau Yamaha. Bagaimanapun, Martin memilih untuk terus setia bersama Aprilia.

Dengan status sebagai juara bertahan, Martin kini akan berusaha memulihkan prestasi selepas permulaan musim yang terganggu akibat kecederaan.

Kini telah disahkan cergas untuk berlumba, Jorge Martin akan kembali ke atas jentera Aprilia hujung minggu ini di GP Brno. Peminat pasti teruja untuk melihat sama ada dia mampu kembali mencabar podium selepas berehat panjang.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related