Siapakah Toprak Razgatlioglu?

Nama yang tidak asing lagi dalam arena WorldSBK, Toprak Razgatlioglu merupakan antara pelumba yang memahat nama dalam sukan permotoran dan tidak lama lagi bakal membuat penampilan sulungnya dalam MotoGP pada tahun hadapan. Perpindahan yang telah lama dibahas dan dinantikan. Namun, masih ramai yang tidak mengenali gerangan ini. Siapakah Toprak Razgatlioglu, nama yang semakin digeruni ini?

Juara WorldSBK Pertama Dari Turki

Musim 2021 merupakan detik bersejarah buat Toprak apabila muncul sebagai juara WorldSBK pertama dari Turki, menamatkan dominasi juara enam kali pada ketika itu, Jonathan Rea. Pertarungan musim itu dianggap antara yang paling epik dalam sejarah perlumbaan, dipenuhi drama, pertempuran saat akhir dan kontroversi di atas litar. Di perlumbaan Mandalika yang tertangguh, Toprak akhirnya mengesahkan kejuaraan dan menamatkan kemarau kejuaraan Yamaha dan juga merupakan era baharu atau dikenali dengan permulaan era Toprak.

Berikut merupakan dokumentari yang ditayang pada ketika itu yang memaparkan segala kerja keras yang dilalui pasukan kru dan Toprak sendiri.

Toprak tinggalkan Yamaha pada 2022

Keputusan Toprak untuk meninggalkan Yamaha dan menyertai BMW pada penghujung 2023 mengejutkan dunia perlumbaan. Ramai menganggap ia satu kesilapan besar. Namun, beliau membuktikan sebaliknya dengan meraih 18 kemenangan dalam semusim, termasuk 13 kemenangan berturut-turut, menjadikannya pelumba pertama menjuarai WorldSBK bersama jentera BMW dan antara tiga pelumba yang pernah menjuarai kejohanan dengan dua pengeluar berbeza.

Berikut merupakan dokumentari kisah di sebalik musim gemilang termasuk insiden ngeri di Magny-Cours yang menyaksikan Toprak terpaksa berehat selama dua pusingan. Namun semangat juangnya tak pernah luntur.

Detik gemilang

Gaya tunggangan agresif dan kemahiran membrek luar biasa menjadikan Toprak tumpuan di setiap perlumbaan. Antara kemenangan terbaiknya termasuk kemenangan pertama di Magny-Cours 2019, debut podium bersama Yamaha di Phillip Island 2020, serta pertarungan sengit dengan Scott Redding di Most dan kemenangan kejuaraan di Mandalika pada 2021.

Walaupun beliau kehilangan gelaran pada 2022, musim 2023 menyaksikan aksi terbaik dalam saingan menentang Alvaro Bautista. Musim 2024 pula menjadi bukti kehebatannya memenangi perlumbaan pertama bersama BMW di Barcelona, bangkit selepas kecederaan dengan kemenangan di Estoril dan akhirnya, membawa gelaran dunia pertama buat BMW di Jerez.

Baca juga :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related