224,634 ribu penonton banjiri Litar Chang

Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2025 membuka tirainya dengan sambutan luar biasa di Litar Antarabangsa Chang, Thailand apabila meraih seramai 224,634 penonton yang membanjiri litar tersebut.

Dengans ambutan luar biasa pada hujung minggu lalu, edisi kali ini merupakan antara edisi yang paling meriah dalam sejarah MotoGP di Thailand. Meskipun jurang masa dengan perlumbaan tahun lalu hanya empat bulan.

Kali terakhir perlumbaan MotoGP diadakan di Thailand adalah pada Oktober tahun lalu yang menyaksikan seramai 205,343 penonton dengan peningkatan sebanyak 19,291 orang pada tahun ini.

Peningkatan jumlah penonton dari tahun ke tahun jelas mencerminkan populariti MotoGP yang semakin berkembang di rantau Asia Tenggara. Perbandingan kehadiran penonton bagi edisi terdahulu menunjukkan kiraan positif:

  • 2024: 205,343 penonton
  • 2023: 179,811 penonton
  • 2022: 178,463 penonton

Dari segi aksi di litar, perlumbaan pembukaan musim ini menyaksikan Marc Márquez mempamerkan kehebatannya dengan meraih kemenangan dalam debut bersama Ducati Lenovo. Kejayaannya itu hadir selepas pertarungan sengit, di mana beliau berjaya mengatasi adiknya, Álex Márquez (Gresini Ducati) yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Francesco Bagnaia, juara bertahan, melengkapkan podium dengan menduduki tempat ketiga bersama Ducati Lenovo.

Kredit : MotoGP

Selain aksi mendebarkan di kelompok hadapan, perlumbaan ini turut mencatatkan detik bersejarah buat Somkiat Chantra, yang secara rasmi menjadi pelumba Thailand pertama dalam sejarah MotoGP. Mewakili LCR Honda, Chantra yang berlumba di halaman sendiri menerima sorakan gemuruh daripada ribuan penyokong tuan rumah yang hadir menyaksikan detik istimewa ini.

Dengan kemenangan sensasi Marc Márquez dan debut bersejarah Somkiat Chantra, pusingan pembukaan di Thailand menjadi permulaan yang cukup menarik bagi musim 2025. MotoGP kini bersiap sedia untuk meneruskan saingan ke pusingan seterusnya di Argentina yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Baca juga :


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related