Jualan tiket bagi tempat duduk istimewa Marc Marquez Tribune habis dijual secara rasmi semalam dan merupakan tiket kategori paling awal habis dijual. Ia diumumkan oleh pihak PETRONAS Sepang International Circuit (PSIC) sebelum pengumuman rasmi perpindahan Juara Dunia 8 kali ke pasukan Ducati Lenovo.
Bagi tempat duduk Marc Marquez Tribune, sejumlah 770 tiket telah disediakan. Peminat dalam dan luar negara sempat mengambil peluang dengan harga promosi tiket ‘Mid-Year Sale’ yang menawarkan diskaun 20 peratus bagi semua kategori tiket bagi melihat ‘semut merah’ beraksi.
Bagi harga asal tiket Marc Marquez Tribune adalah RM425 dan selepas diskaun adalah RM340 termasuk 25 peratus cukai hiburan. Harga ini dianggap murah berbanding tiket yang sama ditawarkan di litar dunia yang lain.
Tawaran ‘Mid-Year Sale’ Malaysian GP bagi tiket lain masih diteruskan dan akan berakhir pada 30 Jun 2024 dengan potongan harga yang sama iaitu 20 peratus dari harga asal. Ini senarai harga dalam Ringgit Malaysia:
![](https://tarmacsports.net/wp-content/uploads/2024/06/image_2024-06-06_11-22-18cf-1024x500.png)
Namun bagi pakej hospitaliti tiada diskaun ditawarkan bagi pakej MotoGP VIP Village (2 hari akses Sabtu & Ahad), MotoGP VIP Village (1 hari akses Ahad), dan Club Suite (2 hari akses Sabtu & Ahad). Ini pula senarai harga bagi hospitaliti:
![](https://tarmacsports.net/wp-content/uploads/2024/06/image_2024-06-06_11-26-44-1024x444.png)
Bagi tiket bukan jenis hospitaliti, kanak-kanak bawah umur 7 tahun boleh masuk secara percuma namun tiada kerusi disediakan. Peminat boleh dapatkan tiket MotoGP edisi Malaysian GP di laman sesawang sepangcircuit.com