Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

3 Pasukan World Team Sahkan Penyertaan Le Tour De Langkawi 2024

Bukit Jalil, 22 Julai – Pengesahan tiga pasukan daripada kategori ‘World Tour’ bakal tampil dalam edisi PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bagi peminat-peminat sukan berbasikal tempatan.

Pengesahan tiga pasukan terdiri daripada EF Education Easypost dari Amerika Syarikat, Astana Qazaqstan dari Kazakhstan dan DSM Firmenich PostNL dari Belanda. Penyertaan tiga pasukan World Team melengkapkan senarai 22 pasukan bakal bertanding pada edisi ke-28 perlumbaan berbasikal utama negara.

Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Ketua Pengarah MSN, Encik Abdul Rashid Yaakub sifatkan pengesahan tiga pasukan World Team merupakan pencapaian membanggakan buat MSN dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berbanding penyertaan edisi sebelumnya hanya dua pasukan World Team ( EF Education Easypost, Astana Qazaqstan).

Bagi kategori ‘Pro Team’ dalam senarai Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) juga telah disahkan sekaligus membolehkan LTdL 2024 mememuhi syarat penganjuran perlumbaan berstatus Pro Series di Luar Eropah.

Lima daripada pasukan Pro Team itu – Polti Kometa (Sepanyol), Tudor Pro Cycling (Switzerland), VF Group-Bardiani CSF-Faizane (Itali), Equipo Kerna Pharma (Sepanyol) dan Euskaltel-Euskadi (Sepanyol) – kini berstatus ‘Grand Tour Pro Team’ dan dijemput bertanding dalam perlumbaan Grand Tour seperti Giro de Italia dan Vuelta Espana 2024. Ini sekali gus bakal menyaksikan saingan sengit dalam edisi kali ini.

Malaysia bakal diwakili oleh tiga pasukan dimana dua pasukan berkelas UCI Continental Team, Terengganu Cycling Team (TSG), Malaysia Pro Cycling (MPC) dan Pasukan Kebangsaan Malaysia dengan jumlah keseluruhan adalah 12 pelumba negara:

Ini senarai keseluruhan 22 pasukan yang mengesahkan penyertaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Senarai pasukan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related