Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Yamaha terpaksa bergelut dalam aksi pembukaan

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP mengakui terdapat banyak kekurangan dalam sesi latihan apabila Fabio Quartataro dan Alex Rins menamatkan saingan di tempat ke-13 dan ke-14 yang menempatkan mereka dalam Q1 hari ini.

Selepas kembali beraksi di Litar Barcelona-Catalunya dalam aksi Grand Prix Barcelona, kedua-dua pelumba itu mengharapkan dapat mencatat masa yang lebih baik untuk menutup tirai musim 2024 dengan keputusan yang cemerlang.

“Saya rasa hari ini agak sukar. Ianya agak rumit untuk mencatatkan masa pusingan yang terbaik. Kami banyak kekurangan dalam sesetengah bahagian. Ianya akan jadi sukar untuk mendapatkan tempat di Q2 sekali gus mempamerkan aksi cemerlang hujung minggu ini. Tetapi saya mengharapkan dapat mencatat masa yang lebih pantas. Kami akan berikan 100 peratus,” kata Quartararo.

Pelumba Perancis itu menamatkan sesi Latihan Bebas 1 di tempat ke-11, cubaan untuk meningkatkan pecutan dapat dilaksanakan dengan mencatat masa terbaik 1:39.791s pada pusingan ke-24 daripada 26. Namun cubaan itu tidak dapat menempatkan beliau di tempat terbaik apabila pesaing lain turut memperbaiki masa mereka selepas bendera penamat berkibar, catatan masa terpantas El Diablo menempatkannya di tempat ke-13 dalam klasifikasi, 0.873s di belakang pendahulu.

Sumber : YamahaMotoGP

Dalam pada itu, rakan sepasukannya Rins berjaya menamatkan sesi Latihan Bebas 1 di tempat ke-13 namun ketika serangan masa bermula, pelumba nombor 42 itu mencatat sedikit peningkatan dengan masa 1:40.258s untuk tempat ke-13. Namun, dengan kelajuan yang dicatat pelumba lain, beliau diturunkan ke tempat ke-17.

Rins mencuba sekali lagi dengan mencatat masa 1:39.794s pada pusingan ke-22 daripada 23, yang akhirnya menempatkannya di tempat ke-14 dalam kedudukan, 0.876s di belakang pendahulu.

“Sejujurnya, ini adalah cabaran besar. Ia menjadi persoalan besar sama ada pakej kami akan lebih baik atau tidak pada hujung minggu ini. Sudah tentu, GP ini sangat penting untuk kami. Kami dapat membandingkan perbezaan data jentera yang kami gunakan pada Pusingan 6 ketika berlumba di sini pada Mei lalu.

“Kami bergelut lebih banyak berbanding hujung minggu pertama GP Montmeló. Jadi, kami perlu mencari cara untuk memperbaiki keadaan. Kami perlu terus bekerja keras dan menganalisis dengan lebih mendalam,” jelasnya.

MotoGP akan kembali beraksi untuk Latihan Bebas 2 hari ini bermula dari pukul 5 petang. Sesi kelayakan 1akan berlangsung dari pukul 5:50 petang sehingga 6:05 petang, dan Sprint 12 pusingan akan bermula pada pukul 10 malam (waktu tempatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related