Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Tourism Selangor Jalin Kerjasama Strategik Dengan Litar Sepang

SEPANG, 15 Oktober 2024 – Pihak Tourism Selangor mengumumkan kerjasama strategik antara kerajaan Negeri Selangor dan PETRONAS Sepang International Circuit sempena acara PETRONAS Grand Prix Of Malaysia 2024 yang akan berlangsung pada 1- 3 November depan.

Kerjasama ini merupakan sebuah strategi yang penting dalam mengukuhkan segmen pelancongan sukan di Negeri Selangor, terutamanya melalui acara-acara besar yang berprestij dan berpotensi menarik kedatangan para pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara.

Kerajaan Negeri Selangor adalah sangat jelas, iaitu untuk menekankan segmen pelancongan sukan pemotoran sebagai salah satu segmen pelancongan utama di Negeri Selangor serta memaparkan Negeri Selangor sebagai sebuah Negeri yang berupaya untuk melaksanakan acara yang berskala antarabangsa, yang akan melibatkan pengamal- pengamal media domestik dan antarabangsa menuju ke Tahun Melawat Selangor 2025.

Tourism Selangor menyasarkan 200,000 ribu pengunjung yang hadir selama tiga hari MotoGP Malaysia berlangsung bagi melancarkan dan mengaktifkan promosi Kempen Tahun Melawat Selangor bagi memastikan misi kerajaan Negeri Selangor untuk mencapai 8 juta kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bakal tercapai.

Pelancongan melalui sukan terutamanya Grand Prix Malaysia akan memberi kesan langsung kepada pelbagai segmen industri dan merancakkan ekonomi setempat terutamanya negeri Selangor. Penglibatan dalam acara MotoGP ini merupakan sebuah permulaan bagi kerajaan Negeri untuk mempergiat lagi usaha meningkatkan profil pelancongan Negeri Selangor.

Saksikan MotoGP Malaysia yang akan diadakan pada 1 hingga 3 November 2024 dan dapatkan tiket di www.sepangcircuit.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related