Rueda cipta rekod tersendiri

Pelumba muda yang kian meningkat naik, Jose Antonio Rueda (Red Bull KTM Ajo), terus membuktikan statusnya sebagai pendahulu kejuaraan apabila sekali lagi mencuri perhatian di laman sendiri.

Dalam sesi kelayakan Moto3 Aragon GP 2025 malam semalam, Rueda mencatat rekod baharu litar untuk meraih petak utama ketiganya musim ini menjadikannya back-to-back poles dan kini bersedia memburu kemenangan keempat berturut-turut.

Sesi Kelayakan 1 (Q1) berlangsung dengan saingan sengit dan penuh drama melibatkan ramai nama besar bertarung untuk ke Kelayakan 2 (Q2). Antara pelumba yang mencuri tumpuan, Maximo Quiles (CFMOTO Viel Aspar Team) muncul pelumba paling konsisten, berjaya menamatkan sesi dengan catatan masa dalam lingkungan 1:57.4s, sekali gus melayakkan diri ke Q2.

Turut menyusul ialah Ryusei Yamanaka (FRINSA MT Helmets MSI), Taiyo Furusato (Honda Team Asia) dan kejutan besar, Vicente Perez (LEVELUP-MTA), yang menewaskan bekas juara Aragon, Dennis Foggia. Sementara itu, Guido Pini (LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP) akan memulakan perlumbaan dari Petak 21.

Sesi Q2 pula, menyaksikan pelumba utama termasuk Rueda dan David Almansa (Leopard Racing) yang mempamerkan aksi penuh dramatik dengan Almansa sempat mengekori Rueda dalam beberapa pusingan awal, namun terjatuh di selekoh ke- 7, sekaligus menamatkan harapannya untuk membarisi petak depan.

David Muñoz (LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP) turut mengalami kemalangan dengan insiden highside yang besar di selekoh 8, manakala Adrian Fernandez (Leopard Racing) juga terlibat dalam nahas di sektor kedua dan gagal mencatat masa, menyebabkan beliau bermula dari Petak 18.

Selepas beberapa percubaan, Rueda meledak catatan masa 1:56.361s, satu rekod baharu litar dan cukup untuk memastikan petak utama buat kali ketiga musim ini. Luca Lunetta (SIC58 Squadra Corse) mengejutkan ramai dengan kelayakan terbaiknya setakat ini di Petak 2, manakala Maximo Quiles meneruskan momentum konsistennya dari Q1 dengan melengkapkan barisan hadapan di Petak 3.

Taiyo Furusato turut mencatat keputusan terbaik musim ini dengan tempat ke-5, diikuti oleh Jacob Roulstone (Red Bull KTM Tech3) yang juga menampilkan prestasi terbaiknya musim ini. Almansa yang terjatuh terpaksa berpuas hati di Petak 7, diikuti oleh Joel Kelso (LEVELUP-MTA), dan Muñoz di Petak 9. Angel Piqueras (FRINSA MT Helmets MSI) melengkapkan senarai 10 terbaik.

Berikut merupakan keputusan penuh Moto3 :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related