Enggan menyerah kalah, pelumba Ducati Lenovo, Pecco Bagnaia memberikan saingan sengit kepada pendahulu kejuaraan dunia, Jorge Martin (Prima Pramac Racing) apabila meraih kedudukan pole pada aksi kelayakan Q2 sebentar tadi.
Aksi yang berlangsung di Litar de Barcelona-Catalunya itu menyaksikan Bagnaia memimpin sesi kelayakan Q2 seawal minit ke-10 dengan catatan masa 1:39.583 saat sambil dieekori Marc Marquez (Grecini Racing MotoGP) di kedudukan kedua dan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) dikedudukan ke-3.
Manakala, pendahulu carta kejuaraan dunia,Martin berada di kedudukan ke-7 sebelum memintas Quartararo untuk berada di kedudukan ke-3.
Namun, penat lelah yang dipamerkan pelumba Sepanyol itu tidak membuahkan hasil apabila cubaan untuk mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan Q2 tidak kesampaian apabila sekadar mendapatkan tempat ke-4 dengan catatan masa 1:38.849s sekali gus gagal mendapatkan posisi Pole.
Berbaki 2 minit sahaja lagi, Bagnaia sukar disekat apabila memastikan tempat pertama dimilikinya selepas mencatat masa 1:38.641 saat dan meraih kedudukan pole yang terakhir untuk musim ini bagi aksi perlumbaan Sprint pada malam ini dan perlumbaan MotoGP esok dengan kelebihan 0.055 saat di hadapan pelumba lain.
Dalam pada itu, rakan sepasukan Martin, Franco Morbidelli yang melayakkan diri ke sesi kelayakan Q2 bersama Quartararo selepas mencatatkan masa terpantas dalam kelayakan Q1 mempamerkan aksi memukau untuk menamatkan perlumbaan di belakang Martin selepas ketinggalan 0.051s. Manakala, Quartararo di kedudukan ke-10.
Tumpuan utama aksi perlumbaan MotoGP sudah pasti diberikan kepada perlumbaan Sprint yang dijadualkan berlangsung sekitar pukul 10.00 malam waktu tempatan bagi menyaksikan kesinambungan dalam perebutan trofi juara dunia MotoGP 2024.
Berikut merupakan keputusan selepas aksi sesi kelayakan Q2 dan kedudukan dalam grid bagi perlumbaan Sprint dan MotoGP esok.