Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Pusingan GP Argentina dibatalkan

FIM, IRTA dan Dorna Sports mengesahkan pusingan MotoGP di Argentina, yang sepatutnya dijadualkan pada 5 – 7 April, selaku pusingan ketiga dalam kalendar MotoGP, dibatalkan pada tahun ini.

Sebelum ini terdapat ura-ura mengenai pembatalan pusingan di Litar Termas de Rio Hondo atas faktor ekonomi. Apabila presiden baru Argentina, Javier Milei, memulakan jawatan sebagai presiden Argentina pada 10 Disember 2023 lalu, beliau merombak dasar ekonomi dan sejak itu, beliau telah mengurangkan bilangan kementerian kerajaan daripada 18 kepada 9 selepas berkempen mengenai dasar pembaharuan ekonomi utama kepada negara. Ekonomi di Argentina telah mengalami penurunan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan nilai matawang jatuh dan inflasi meningkat.

Keadaan ini juga dikatakan turut mendorong kepada keputusan yang dibuat, untuk mengurangkan perbelanjaan awam dengan ketara.

Tiada pusingan gantian buat GP Argentina. Pusingan MotoGP akan terus ke GP Amerika.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related