Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Penampilan pertama Jorge Martin bersama Aprilia

Pasukan Aprilia Racing telah bersedia untuk memulakan musim MotoGP 2025 dengan semangat baharu selepas menandatangani kontrak bersama juara dunia 2024, Jorge Martin.

Dalam satu video yang diterbitkan oleh MotoGP, Pengurus Pasukan, Massimo Rivola, menzahirkan keyakinan terhadap peluang besar yang menanti Aprilia untuk mencipta sejarah baharu di litar perlumbaan.

“Saya yakin kita mampu mencipta sesuatu dengan semangat , harapan dan bantuan sesama pasukan. Bukan itu sahaja, malah kita mampu meraih keputusan terbaik.

“Musim baru akan bermula tidak lama lagi, kita mempunyai segalanya untuk meraih keputusan cemerlang dan keputusan terbaik. Mari kita cipta sejarah tersendiri dengan semangat dan tenaga seperti ini.

“Dan sekiranya kita kekal melakukan yang terbaik dalam apa yang kita mahir, dengan semangat baru seperti ini saya yakin kita mampu mencipta lebih banyak sejarah bersama. Apa yang utama adalah kita terus berikan fokus dalam tugas masing-masing dan mengekalkan semangat seperti ini untuk mencapai apa yang diingini,” ujar Massimo dengan yakin.

Kredit : MotoGP

Selepas prestasi luar biasa bersama Pramac Racing pada musim 2024, Jorge Martin mengambil keputusan berani untuk menyertai Aprilia, sebuah pasukan yang sedang meningkat naik. Perpindahan ini menandakan permulaan era baharu buat Aprilia, yang telah menunjukkan kemajuan ketara dalam beberapa musim terakhir.

Dengan Martin sebagai pelumba utama mereka, Aprilia memasang cita-cita tinggi untuk musim 2025. Mereka bukan sahaja mahu mencabar kejuaraan, tetapi dalam masa yang sama ingin memperkukuhkan lagi reputasi mereka sebagai salah satu pasukan elit MotoGP.

Musim ini dijangka bakal menjadi titik perubahan bagi Aprilia dengan gandingan bersama pelumba Sepanyol itu dalam membawa harapan baru kepada Aprilia untuk merealisasikan impian mereka. MotoGP 2025 akan bermula di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, pada 28 Februari hingga 3 Mac.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related