Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Miguel Oliveira cedera, Augusto Fernandez sebagai pengganti

Pelumba Prima Pramac Yamaha MotoGP, Miguel Oliveira, disahkan tidak akan mengambil bahagian dalam Grand Prix Americas yang berlangsung pada 30 Mac di Austin, Texas berikutan kecederaan yang dialaminya dalam perlumbaan Sprint Race di GP Argentina.

Oliveira mengalami kemalangan pada Lap 5, yang berpunca daripada pelanggaran dengan pelumba lain. Pemeriksaan awal di pusat perubatan Termas de Rio Hondo mengesahkan bahawa tiada keretakan tulang, tetapi dia mengalami lebam teruk di bahagian sternoklavikular serta hematoma yang besar.

Selepas kembali ke Portugal pada Ahad untuk pemeriksaan lanjut, doktor mendapati dia mengalami dislokasi sendi sternoklavikular dengan kecederaan ligamen.

Oliveira dimaklumkan bakal menjalani ujian tambahan bagi memantau perkembangannya. Buat masa ini, lengannya perlu dilumpuhkan bagi mempercepatkan proses pemulihan, namun tempoh untuk kembali ke litar masih belum dapat dipastikan kerana bergantung kepada tindak balas tubuhnya terhadap rawatan.

Oliveira turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan dan pasukan perubatan yang merawatnya dalam satu kenyataan.

“Selepas pulang ke rumah, saya menjalani MRI yang mengesahkan dislokasi sendi sternoklavikular dengan kecederaan ligamen. Kami telah membincangkan pilihan terbaik untuk pemulihan, dan keputusan dibuat untuk mengekalkan lengan saya dalam keadaan tidak bergerak buat sementara waktu.

Tempoh pemulihan masih belum pasti kerana bergantung kepada bagaimana tubuh saya bertindak balas. Saya akan menilai perkembangan setiap minggu dan berusaha untuk kembali ke litar secepat mungkin, tetapi keutamaan saya adalah untuk pulih sepenuhnya,” ujarnya lagi.

Pengurus pasukan Prima Pramac Yamaha, Gino Borsoi, meluahkan rasa kecewanya terhadap insiden yang menimpa Oliveira:

“Saya sangat sedih dengan kecederaan yang dialami oleh Miguel, lebih-lebih lagi ketika dia semakin serasi dengan jentera YZR-M1 dan pasukan. Malangnya, nasib tidak banyak berpihak kepadanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi saya yakin dia akan bangkit sebagai pejuang sejati dan kembali lebih kuat. Fokus utama sekarang adalah memastikan dia mendapat rawatan terbaik dan dapat kembali ke litar secepat mungkin.

Sebagai pengganti, Augusto Fernandez, juara dunia Moto2 2022 dan pelumba ujian Yamaha Factory Racing MotoGP musim ini, akan menggantikan Oliveira di GP Americas. Pelumba berusia 27 tahun dari Madrid itu akan mengemudi YZR-M1 bagi pasukan Prima Pramac Yamaha.

Dengan pemilihan Augusto Fernandez, Prima Pramac Yamaha berharap dapat mengekalkan momentum pasukan di GP Americas, sementara Oliveira terus menjalani proses pemulihan untuk kembali lebih kuat di litar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related