Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Marc Marquez sukar disekat, juarai Sprint

Enggan memberi laluan mudah kepada pelumba lain, Marc Marquez sekali lagi mengenggam trofi perlumbaan Tissot Sprint sekaligus membuktikan kemaraannya musim ini sukar disekat.

Marc Marquez yang melakukan permulaan sempurna dari petak pertama di litar Termas de Rio Hondo. dan segera menguasai perlumbaan dengan mengambil alih kedudukan utama di hadapan Alex Marquez. rakan sepasukannya, Pecco Bagnaia turut memulakan perlumbaan dengan baik apabila mengukuhkan tempat ketiga, sementara Johann Zarco (LCR Honda CASTROL) tidak mendapat permulaan yang baik selepas tergelincir ke tempat keenam.

Malang buat Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) yang berdepan nasib sama apabila beliau terjatuh di pusingan pertama akibat perlanggaran dengan Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team).

Di pertengahan perlumbaan, Alex masih mengekori rapat abangnya, dengan kedua-duanya mencatat masa pusingan 1:37.7s. Namun, secara beransur-ansur, jurang antara mereka semakin jauh. Dengan empat pusingan berbaki, jarak meningkat kepada 0.371 saat, dan menjelang dua pusingan terakhir, jurang mencecah 0.721 saat. Walaupun Alex masih berusaha mengejar, Marc mengekalkan konsistensinya tanpa melakukan sebarang kesilapan.

Pelumba Ducati Lenovo itu akhirnya berjaya menangkis cabaran adiknya, adiknya, Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP), untuk merangkul kemenangan kedua dalam Sprint musim ini. Sementara itu, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) melengkapkan podium di tempat ketiga, 3.8 saat di belakang pemenang.

Kemenangan ini merupakan kemenangan ketiganya musim ini dan kemenangan kedua berturut-turut dalam perlumbaan Sprint. Bagnaia pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, mengutip mata penting dalam kejuaraan.

Marc Marquez akan turun semula dengan misi meraih kemenangan berganda di GP Argentina dalam aksi perlumbaan utama yang dijadualkan berlangsung sekitar 2 pagi waktu Malaysia.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related