Syarikat Amerika yang terkenal dengan pemilikan Formula 1 sejak 2016, akan mengambil alih MotoGP dari Dorna.
Dorna yang merupakan pemilik MotoGP sejak 1992, juga bertanggungjawab dalam Kejohanan Dunia WSBK, Kejohanan Dunia MotoE, bersama-sama berunding dengan perjanjian bernilai €4.2 bilion. Dibawah perjanjian ini, Liberty akan mengambil alih 86% saham dalam syarikat Sepanyol tersebut, meninggalkan 14% yang selebihnya kepada pihak pengurusan Dorna.
Perjanjian baru ini akan menyaksikan Dorna Sports S.L., pemegang hak komersial dan televisyen eksklusif MotoGP™, kekal sebagai syarikat yang dijalankan secara bebas yang diperuntukkan untuk Kumpulan Formula 1 Liberty Media. Carmelo Ezpeleta, yang telah menjadi CEO sejak 1994, akan kekal di kedudukannya dan meneruskan pengurusan perniagaan dengan pasukannya. Perniagaan ini akan kekal berpusat di Madrid.
Dorna juga memegang hak eksklusif kepada siri perlumbaan motosikal lain, termasuk siri “feeder” MotoGP, Moto2, dan Moto3, Kejuaraan Dunia MotoE FIM Enel, Kejuaraan Dunia Superbike MOTUL FIM, dan Kejuaraan Dunia Perlumbaan Litar Wanita FIM yang baru.
Pada tahun 2022, Dorna menjana €474.8 juta, melihata meningkat sebanyak 33% daripada tahun 2021, tetapi masih mengalami kerugian sebanyak €7.8 juta disebabkan oleh pandemik. Mereka juga menyelesaikan hutang dan memberi dividen sebanyak €390 juta kepada pemegang saham.
Tawaran Liberty adalah yang terbaik di antara pilihan yang ada. Dengan kehadiran Liberty, MotoGP dijangka akan berkembang lebih jauh, serupa dengan bagaimana Formula 1 berjaya selepas Liberty mengambil alih pada tahun 2016. Mereka berhasrat untuk memperluaskan lagi impak sukan ini di Amerika Syarikat.
Greg Maffei, Presiden dan CEO Liberty Media, sangat gembira dengan perjanjian ini. Kata Greg Maffei,
“Kami sangat gembira untuk memperluaskan portfolio aset sukan dan hiburan utama kami dengan pengambil alihan MotoGP”
“MotoGP adalah liga global dengan peminat yang setia, perlumbaan yang menarik, dan profil kewangan yang menghasilkan aliran tunai yang tinggi. Carmelo dan pasukannya telah membina satu acara sukan yang hebat yang boleh kami perluaskan kepada penonton global yang lebih luas. Perniagaan ini mempunyai potensi yang besar, dan kami bercadang untuk membesarkan sukan untuk peminat MotoGP, pasukan, rakan kongsi komersial, dan pemegang saham kami.”
Bagi Carmelo Ezpeleta, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna,
“Ini adalah langkah hadapan yang sempurna dalam evolusi MotoGP, dan kami bersemangat untuk apa yang menjadi tonggak ini kepada Dorna, paddock MotoGP, dan peminat perlumbaan,”
“Kami bangga dengan sukan global yang telah kami kembangkan, dan transaksi ini adalah bukti kepada nilai sukan pada hari ini dan potensinya untuk berkembang. Liberty Media mempunyai rekod yang luar biasa dalam membangunkan aset sukan dan kami tidak dapat berharap untuk mendapatkan rakan kongsi yang lebih baik untuk memperluaskan penggemar MotoGP di seluruh dunia.
Pengambilalihan dijangka akan selesai menjelang akhir tahun 2024 dan tertakluk kepada penerimaan kebenaran dan kelulusan oleh pihak berkuasa undang-undang persaingan dan pelaburan asing di pelbagai bidang kuasa. Walaupun kedua-dua pihak bersetuju pada terma perjanjian, perjanjian ini tertunda. Perancangan untuk mengumumkan kerjasama baru ini sepatutnya diumumkan sebelum permulaan musim MotoGP pada bulan Mac. Pada tahun 2006, terdapat percubaan serupa untuk mengambil alih Formula 1 dan MotoGP secara serentak, tetapi pihak berkuasa Eropah menolak atas dasar kebimbangan yang boleh merosakkan persaingan.
MotoGP yang bermula sejak tahun 1949, telah berkembang meliputi lebih daripada 20 Grand Prix di lima benua, dengan siaran televisyen yang mencapai beratus juta penonton di seluruh dunia.