Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Kerajaan Bersetuju Melanjutkan Penganjuran MotoGP ke Tahun 2026

Dalam satu sidang media yang diadakan oleh PETRONAS Sepang International Circuit (PETRONAS SIC) pada 20 Ogos 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Adam Adli mengesahkan penganjuran PETRONAS GrandPrix of Malaysia 2024 (MotoGP Malaysia) yang bakal diadakan bermula 1 hingga 3 November 2024 di Sepang. Tahun ini merupakan tahun ke-25 bagi litar ikonik dan bawakan program tambahan ‘After Race Fest’ untuk pengalaman semua peminat.

Ketua Pegawai Eksekutif PSIC, Azhan Shafriman turut berkongsi,

“Kami cukup teruja untuk meraikan pencapaian ini dengan barisan yang luar biasa untuk festival kali ini. Tahun ini sangat istimewa kerana kita meraikan 25 tahun PETRONAS SIC sejak penubuhannya pada tahun 1999. Terima kasih tidak terhingga kepada HIFIVE Entertianment kerana hadir sebagai rakan kongsi strategik untuk festival kali ini. Kami menawarkan tiket festival yang eksklusif untuk peminat MotoGP Malaysia pada hanya RM500, tersedia mulai sekarang hingga 31 Ogos 2024.”

“PETRONAS yang juga ‘Title Partner’ kami turut menyambut ulang tahun ke-50 dan musim 2024 MotoGP turut merekod 75 tahun dalam perlumbaan. Penganjuran kali ini adalah sambutan perpaduan yang sebenar sebagai satu bangsa, satu komuniti dan satu keluarga perlumbaan.”


YB Adam Adli turut menambah,

 “Penganjuran MotoGP di Sepang mencerminkan keupayaan PETRONAS SIC menganjurkan acara berkelas dunia, membolehkan ekosistem permotoran terus kekal, melahirkan peluang pekerjaan, melonjakkan sektor pelancongan dan memperkasakan pelapis muda dengan kesinambungan program yang profesional seperti Rakan Litar seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan untuk menjadi juara Dunia.”

Mengenai tiket wildcard, Shafriman menyatakan tidak mustahil untuk meletakkan pelumba tetapi bergantung pada dana dan slot wildcard sendiri untuk Moto3. Buat masa ini Malaysia mempunyai satu-satunya pelumba yang mampu berlumba, Danial Syahmi dibawah program bakat SIC.


Beliau juga tidak menolak akan ada syarikat lain yang akan memberi peluang buat pelumba negara seperti tahun lepas dan bakal diputuskan 45 hari sebelum perlumbaan berlangsung. Turut dinyatakan dalam sidang media adalah persetujuan kerajaan untuk melanjutkan penganjuran MotoGP ke tahun 2026 dan telah dimaklumkan kepada Dorna.

Mengenai kepada kesimbungan bakat pelumba yang dilihat tiada untuk tahun ini secara sepenuh masa, Shafriman menjelaskan seperti berikut,

“Kita tidak mahu meletakkan pelumba hanya untuk menyertai dalam kejohanan, tetapi mahu melahirkan juara yang berkualiti yang meningkat naik seperti Hakim Danish, Qabil Irfan yang masih bawah umur 18 tahun.”

Selaras inisiatif Malaysia Madani, PSIC kini menawarkan Tiket Rahmah pada kadar harga RM49.90 dengan diskaun sebanyak 25% hingga 20 September sempena Hari Merdeka.Antara program lain minggu perlumbaan, PSIC turut adakan sesi Meet and Greet bersama pelumba MotoGP.

Pada 1 November (Jumaat) peminat yang memegang tiket berpeluang sertai beberapa aktiviti termasuk Public Pit Lane Walk dan Sesi Autograf Pelumba secara dekat. Sebelah malam ada juga aktiviti yang mendapat sambutan hangat iaitu ‘The Night Track Tour’ juga pada 1 November.

Peminat juga berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Mega #MalaysianGP2024 dimana menawarkan 2 unit Yamaha LC135 dan 1 unit Y15 dengan livery eksklusif SIC berjumlah RM26 ribu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related