Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Jorge Martin pilih berdiam diri soal nombor plat #1 musim depan

Juara MotoGP 2024, Jorge Martin terus mengelak daripada memberikan jawapan mengenai nombor plat yang bakal digunakannya bersama Aprilia pada musim depan.

Menurut pelumba dari Sepanyol itu, penggunaan plat nombor #1 merupakan tanggungjawab yang besar untuknya dan beliau harus memikirkan sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan.

“Ia satu tanggungjawab besar untuk menggunakan nombor plat #1. Saya masih belum pasti jika saya akan menggunakannya. Menurut saya, ianya sukar untuk mempertahankan gelaran juara itu dan setakat ini tidak ramai yang berjaya mempertahankan gelaran dengan memakai nombor plat #1 itu.

Beliau turut mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus pasukan Aprilia, David Tardozzi yang mengatakan untuk melihat kemampuan pelumba dari Sepanyol itu dalam mengekalkan prestasinya sekiranya Aprilia membuat keputusan untuk membeli nombor tersebut,

“Sebahagian daripada saya tidak mahu membaca perkara seperti ini, tetapi dalam masa yang sama, jika saya dapat plat nombor #1 itu, saya secara jujurnya memang berhak untuk mendapatkannya. Saya tidak peduli jika saya tidak dapat mengekalkan nombor plat tersebut.

“Jika saya menggunakan nombor plat itu meskipun untuk setahun sahaja saya masih akan mempunyai pengalaman yang banyak bersama nombor itu. Sama ada saya dapat mengekalkan nombor tersebut, kita harus lihat sahaja pada musim depan apa yang akan terjadi,” katanya.

Jorge Martin merupakan pelumba yang berjaya menewaskan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang berjaya mempertahankan nombor plat #1 selama dua tahun berturut-turut dari tahun 2022 hingga 2023.

Source: MotoGP

Dengan kekalahan pelumba Itali itu musim ini, prospek untuk melihat plat #1 bersama Aprilia tahun depan kelihatan mencetuskan pelbagai reaksi termasuk dari pengurus pasukan Ducati kilang, Davide Tardozzi.

Walau bagaimanapun, senarai kemasukan sementara bagi tahun 2025 masih menyenaraikan Martin dengan nombor plat #89, namun keputusan akhir mungkin hanya diumumkan semasa pelancaran rasmi pasukan tahun depan.

Barisan baharu MotoGP Aprilia akan kembali ke litar semasa ujian pembukaan 2025 di Sepang pada bulan Februari tahun depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related