Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

‘Jangan pandang rendah kepada Ai Ogura’ – Massimo Rivola

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aprilia, Massimo Rivola memberi amaran untuk tidak memandang rendah dengan kemampuan yang bakal dipamerkan oleh Juara Moto2 2024, Ai Ogura kepada pasukan Aprilia pada musim 2025.

Perkara itu dimaklumkan olehnya ketika sesi ujian di Barcelona kepada MotoGP apabila mengulas kebolehan pelumba muda dari Jepun itu yang bakal membuat kemunculan sulungnya di MotoGP pada musim depan.

“Ianya merupakan perkara yang baik untuk mempunyai pelumba rookie dalam pasukan kerana dia datang dengan pemikiran yang baru dan kosong, tanpa sebarang pengetahuan. Jadi, saya rasa dia boleh membawa nilai tambahan.Saya tidak akan memandang rendah potensi seorang rookie yang bagus dan pantas seperti Ogura untuk membawa prestasi yang lebih baik kepada kami.

Ia adalah kombinasi yang baik dimana kami mempunyai pelumba berbakat dan muda dalam pasukan kami. Purata usia agak rendah, tetapi itu bermakna kami mungkin mempunyai masa depan yang cerah. Saya lebih suka melihat mereka sebagai motivasi tambahan.

Saya tidak sabar untuk memulakan musim ini. Kami jauh dari sempurna, tetapi dengan gabungan pelumba yang kami ada, kami rasa kami boleh mencapai keputusan yang baik,” katanya.

Pengeluar motor jenama Itali itu berjaya membuktikan kemampuan mereka apabila memperoleh keputusan positif pada musim 2024 dengan kemenangan yang dicapai oleh Maverick Vinales, yang meletakkan Aprilia di tempat ketiga dalam kedudukan pengeluar.

Penyertaan pelumba berusia 23 tahun ini mencuri perhatian ramai apabila Ogura membuat keputusan memulakan kariernya dalam MotoGP bersama pasukan Trackhouse Racing dan menunggang jentera Aprilia RS-GP bagi musim 2025.

Juara Dunia Moto2 bersama pasukan MT Helmets-MSi ini kini menjadi salah satu nama yang paling dinantikan menjelang musim perlumbaan tahun depan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related