Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Isle of Man TT bakal sertai barisan pelumba 100KM of Champions

Edisi 2025 100Km of Champions, acara tahunan ikonik anjuran Valentino Rossi, kini mengumumkan barisan pelumba bintang yang bakal menyertai perlumbaan di litar flat track miliknya di Tavullia.

Acara ini dijadualkan berlangsung di VR46 Ranch pada 10 dan 11 Januari, menjanjikan persaingan sengit serta kehadiran nama-nama besar dari dunia perlumbaan motosikal.

Antara pelumba terkenal yang bakal beraksi termasuk rookie sensasi MotoGP 2024, Pedro Acosta, yang mewakili pasukan KTM, dan legenda TT Isle of Man, Michael Dunlop. Senarai penuh peserta rasmi dijangka diumumkan pada hari Jumaat ini.

Seperti biasa, sembilan kali juara dunia grand prix, Valentino Rossi, akan menjadi tumpuan utama acara tersebut. Selain itu, juara dunia dua kali dan ahli Akademi VR46, Francesco Bagnaia, turut menyertai barisan pelumba MotoGP, bersama Enea Bastianini, Marco Bezzecchi, Augusto Fernandez, Luca Marini, Franco Morbidelli, dan Miguel Oliveira.

Dari kategori grand prix lain, pelumba berbakat seperti Xavi Artigas, Manu Gonzalez, dan Tatsuki Suzuki juga akan menyertai perlumbaan.

Nama besar dari dunia perlumbaan lain turut hadir, termasuk Michael Dunlop yang memegang rekod kejayaan tertinggi dalam TT Isle of Man, serta pemenang TT Senior, Davey Todd. Wakil dari paddock British Superbikes seperti Ryan Vickers dan Tim Neave akan bersaing, manakala Nicolo Bulega dan Dominique Aegerter akan membawa cabaran dari World Superbikes.

Kredit : The Race

Pada edisi 2024, Luca Marini dan Rossi memenangi perlumbaan utama acara berpasukan, manakala Marini turut berjaya mengungguli acara Americana.

Berikut merupakan senarai penuh pelumba yang bakal menyertai perlumbaan tersebut berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh The Race :

MotoGP
Augusto Fernandez (test rider)
Enea Bastianini
Franco Morbidelli
Luca Marini
Marco Bezzecchi
Miguel Oliveira
Pedro Acosta
Valentino Rossi (retired)

Moto2
Alberto Surra
Andrea Migno
Diogo Moreira
Manu Gonzalez
Mattia Pasini
Xavier Artigas

Moto3
Filippo Farioli
Ivan Ortola
Jose Antonio Rueda
Luca Lunetta
Matteo Bertelle
Alberto Surra

MotoE
Andrea Mantovani
Mattia Casadei

World Superbike paddock
Andrea Locatelli
Dominique Aegerter
Elia Bartolini
Federico Caricasulo
Federico Fuligni
Lorenzo Baldassarri
Nicolo Bulega
Tito Rabat

Lain Kategori
Davey Todd (two-time Isle of Man TT winner)
Filippo Fuligni (Italian Supersport rider)
Gautier Paulin (former world championship motocross rider, five-time Motocross of Nations winner)
JD Beach (MotoAmerica rider, Red Bull Rookies Cup champion)
Lasse Kurvinen (two-time flat track world champion)
Luca Ottaviani (Italian Supersport rider)
Marco Belli (flat track world champion)
Matteo Gabarrini (VR46 Academy rider, son of Pecco Bagnaia’s crew chief Cristian Gabarrini)
Matteo Patacca (Italian Supersport rider)
Michael Dunlop (29-time Isle of Man TT winner)
Ryan Vickers (British Superbike rider)
Sammy Halbert (reigning flat track world champion)
Thomas Chareyre (eight-time supermoto world champion)
Tim Neave (flat track world championship rider)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related