Hakim Danish raih P5

Pelumba Red Bull KTM Ajo, Alvaro Carpe memulakan aksi Grand Prix Malaysia dengan cemerlang apabila muncul terpantas dalam sesi Latihan 1 (FP1) kelas Moto3 selepas mencatat masa 2 minit 11.585 saat.

Carpe mengetuai senarai catatan masa, diikuti dua pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team Maximo Quiles dan Marco Morelli yang ketinggalan 0.129 saat dan 1 0.135 saat dibelakang, manakala Veda Pratama dari Honda Team Asia melengkapkan kelompok 4 pelumba terpantas dengan catatan 2 minit 11.819 saat.

Sementara itu, pelumba negara, Hakim Danish turut mempamerkan aksi positif apabila berjaya menduduki tempat kelima dengan catatan masa 2 minit 11.834 saat, hanya 0.249 saat di belakang pendahulu.

Aksi di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC) kali ini pastinya lebih dinantikan selepas sesi perlumbaan di Grand Prix terdahulu terpaksa dibatalkan susulan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, sekali gus menyaksikan para pelumba kembali menguji jentera dan menyesuaikan diri dengan keadaan litar.

Hakim Danish pastinya mahu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri untuk terus memperbaiki catatan masa menjelang sesi seterusnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related