Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Fabio Di Giannantonio sedia beri cabaran kepada pelumba Ducati di MotoGP 2025

Fabio Di Giannantonio melaungkan keazamannya untuk mencabar pelumba utama Ducati, Marc Marquez dan Francesco Bagnaia, dengan menaiki jentera GP25 miliknya pada musim MotoGP 2025 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pelumba VR46 itu akan menjadi satu-satunya pelumba yang bukan berasal dari pasukan utama untuk menggunakan jentera kilang Ducati pada tahun ini. Meskipun begitu, Di Giannantonio dimaklumkan masih belum mencuba jentera baharunya itu akibat mengakhiri musim lebih awal selepas terpaksa melalui pembedahan bahu.

“Musim ini akan memberikan peluang terbaik untuk melatih saya menjadi pelumba yang lebih bagus

“Ianya merupakan tanggungjawab berat dan saya sudah lama memerhati peluang seperti ini dalam hidup saya. Namun, saya bukan dari pasukan utama jadi tiada tekanan kepada diri saya.

“Tekanan dan tanggungjawab berada dalam pasukan rasmi adalah berbeza, mereka mempunyai tekanan dengan mentaliti harus menang jadi tanggungjawab yang digalas pelumba rasmi mereka terutama Pecco dan Marc sudah tentu berat.

“Kami boleh menjadi antara pihak luar yang mampu untuk memberikan cabaran kepada mereka. Dengan peluang ini juga saya dapat belajar banyak daripada mereka apabila kami ketika ini bekerja pada tahap dan jentera yang sama. Saya tidak melihat dari aspek negatif, hanya kepada peluang besar yang akan saya perolehi,” jelasnya.

Walaupun tidak memperoleh podium pada musim 2024, Di Giannantonio kekal bersemangat untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan VR46.

“Saya benar-benar mahu melihat pasukan saya meraikan kejayaan. Seperti yang sering saya katakan, saya tidak mahu terlalu memikirkan hasil. Matlamat utama adalah untuk berkembang dan menikmati pengalaman ini.

“Pada akhirnya, kami akan melihat bagaimana ia akan berlaku. Yang penting adalah menikmati setiap detik dan perjalanan yang telah kami usahakan dengan bersungguh-sungguh,” katanya lagi dalam temubual bersama GPOne.

Credit : MotoGP

Sepanjang musim 2024, Di Giannantonio muncul sebagai pelumba GP23 kedua terbaik di belakang Marquez dalam kedudukan keseluruhan. Malah, dia berjaya mengatasi rakan sepasukan VR46 yang lebih berpengalaman, Marco Bezzecchi, walaupun terpaksa terlepas dua pusingan terakhir akibat kecederaan.

Walaupun tidak meletakkan sasaran tertentu untuk musim 2025, Di Giannantonio melihat peluang ini sebagai ruang untuk berseronok dan berkembang. Menurutnya, tekanan di VR46 tidak seberat di pasukan factory, yang membuka peluang untuk menjadi pelumba luar jangka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related