Aksi kelayakan Moto2 di GP Aragon 2025 menyaksikan sejarah tercipta apabila pelumba muda sensasi, Diogo Moreira (Italtrans Racing Team), muncul sebagai pelumba Brazil pertama yang berjaya meraih kedudukan petak utama (pole position) dalam sejarah bagi kategori Moto2, pada Sabtu.
Dengan catatan masa 1:49.940 saat di Q2, Moreira bukan sahaja mencuri tumpuan di Aragon, tetapi juga mencipta detik bersejarah buat negaranya dalam dunia perlumbaan.
Barisan hadapan turut disertai oleh Barry Baltus (Fantic Racing Lino Sonego) yang akan bermula dari Petak 2, ketinggalan 0.222s di belakang Moreira. Tempat ketiga pula menjadi milik Deniz Oncu (Red Bull KTM Ajo), yang melengkapkan senarai pelumba barisan hadapan untuk perlumbaan hari ini.
Namun, drama awal melibatkan pendahulu kejuaraan, Manuel Gonzalez (Liqui Moly Dynavolt Intact GP), mengundang kejutan apabila beliau mengalami kemalangan laju sebelum sempat mencatat sebarang catatan masa. Akibatnya, pelumba Sepanyol itu akan memulakan perlumbaan dari Petak 18, meletakkan tekanan besar untuk mempertahankan kedudukannya dalam carta kejuaraan.

Saingan terdekat Gonzalez, Aron Canet (Fantic Racing Lino Sonego), akan bermula dari Petak 4 di barisan kedua, posisi yang strategik untuknya mengurangkan jurang mata. Canet akan disertai oleh dua pelumba rookie dari CFMOTO Inde Aspar Team Daniel Holgado dan David Alonso, yang sebelum ini meraih podium di Silverstone.
Pelumba Liqui Moly Dynavolt Intact GP, Senna Agius, pemenang GP British, akan bermula dari Petak 13, manakala pelumba ELF Marc VDS Racing Team, Jake Dixon, yang telah memenangi dua perlumbaan musim ini, hanya berjaya mencatat masa ke-14.
Berikut merupakan keputusan penuh dan kedudukan grid bagi GP Aragon :
Baca juga:


