Kemunculan pertama di WorldSSP, Damok sedia beri cabaran

Muhammad Syarifuddin Azman dalam persiapan rapi menjelang aksi sulungnya di WorldSSP yang bakal berlangsung di Litar Grand Prix Philip Island, Australia pada Jumaat.

Pelumba Moto3 negara, Muhammad Syarifuddin Azman, atau lebih dikenali sebagai Damok, mengakui sudah bersedia meskipun masih menyesuaikan diri dengan jenteranya.

“Saya masih perlu memahami sepenuhnya kebolehan jentera dan teknik tunggangan terbaik di atas litar. Pasukan teknikal banyak membantu dalam mencari keserasian terbaik untuk saya, dan saya amat berterima kasih kepada mereka. Kami akan menganalisis data yang diperoleh setakat ini dan melihat apa yang boleh diperbaiki esok.

Damok, yang kali terakhir berlumba di Phillip Island beberapa tahun lalu, turut menyatakan cabaran baharu ini berbeza, namun memberi peluang besar untuknya belajar dan berkembang dalam sukan permotoran.

Sebelum ini, Damok telah diumumkan secara rasmi sebagai pelumba PETRONAS MIE Racing Honda pada 9 Januari lalu. Pelumba berusia 23 tahun itu turut berkongsi perasaannya selepas pengumuman tersebut:

“Sudah tentu saya sangat gembira. Keputusan ini diambil dalam masa beberapa hari sahaja, dan akhirnya saya dipilih untuk ke WorldSSP. Perbincangan dengan Zulhelmi juga jelas mereka memaklumkan bahawa mekanik dari Boon Siew Honda (BSH) serta tenaga pakar dari Honda Racing Corporation (HRC) akan bersama pasukan tahun ini.

Damok juga menjelaskan bahawa kontraknya bersama BSH dan PETRONAS adalah berasingan:

“Kontrak dengan BSH dan PETRONAS adalah berbeza. Saya dan Zulhelmi akan menyertai perlumbaan secara back-to-back dan akan memberikan yang terbaik dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) 2025,” katanya kepada Tarmac Sports.

Dengan ini, Damok akan menggantikan Khairul Idham Pawi dalam WorldSSP 2025, selain turut bertanding dalam ARRC dengan sokongan penuh daripada BSH.

Sementara itu, satu lagi pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, bakal membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Dunia Superbike MOTUL FIM (WorldSBK) tahun ini. Beliau akan mewakili PETRONAS MIE Racing Honda, menggantikan Adam Norrodin, yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan. Zaqhwan akan menunggang jentera MIE Honda CBR1000RR-R dalam saingan musim ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related