[27-Jun-2026 18:16:33 UTC] PHP Warning: Use of undefined constant ABSPATH - assumed 'ABSPATH' (this will throw an Error in a future version of PHP) in /home/tarmacsp/public_html/wp-content/themes/thrive-theme/thrive-dashboard/inc/app-notification/classes/DbMigration.php on line 2 [27-Jun-2026 18:16:33 UTC] PHP Warning: require_once(ABSPATHwp-admin/includes/upgrade.php): failed to open stream: No such file or directory in /home/tarmacsp/public_html/wp-content/themes/thrive-theme/thrive-dashboard/inc/app-notification/classes/DbMigration.php on line 2 [27-Jun-2026 18:16:33 UTC] PHP Fatal error: require_once(): Failed opening required 'ABSPATHwp-admin/includes/upgrade.php' (include_path='.:/opt/cpanel/ea-php74/root/usr/share/pear') in /home/tarmacsp/public_html/wp-content/themes/thrive-theme/thrive-dashboard/inc/app-notification/classes/DbMigration.php on line 2 Bagai berada didunia berbeza, Enea mahu bangkit – Tarmac Sports

Bagai berada didunia berbeza, Enea mahu bangkit

Bermula pada grid 20 dan menamatkan perlumbaan Sprint di kedudukan ke-18 bukanlah sesuatu yang normal bagi pelumba yang memenangi perlumbaan Sprint musim lepas. Enea terpaksa akur dengan perbezaan masa +23.948 saat dibelakang pemenang Sprint pusingan pertama 2025 MotoGP di Thai GP, Marc Marquez. 

Jika dibandingkan penampilan beliau atas jentera Ducati 2024 bagi perlumbaan yang sama, Enea lebih perlahan sebanyak +27.822 saat iaitu hampir 30 saat. Pada 2024, Enea menamatkan perlumbaan dengan 19:31.131 saat namun pada tahun 2025 beliau hanya mampu mencatat masa dengan 19:58.953 saat.

Jelas apa yang kita lihat Enea belum serasi dengan jentera KTM dari pelbagai sudut. Dalam sesi media selepas perlumbaan Enea berkongsi perasaan beliau.

Baca juga artikel berkaitan:

Hari ini merupakan perlumbaan yang rumit dengan jentera KTM saya, saya cuba belajar daripada pelumba lain apa yang mereka lakukan berbeza dengan saya. Saya rasa kita perlu terus berusaha keras.

“Pada pertengahan perlumbaan, saya melakukan beberapa kesilapan dan kehilangan banyak masa. Saat memasuki selekoh, saya kehilangan banyak masa, sukar untuk melepaskan brek kerana tayar belakang menolak dan selepas itu sukar untuk membelok. Motosikal ini berbeza daripada tahun lalu.

“Semasa perlumbaan esok (Ahad) saya akan cuba sesuatu bagi mencari keserasian dengan jentera kerana lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan gaya tunggangan saya terutama diawal 3 perlumbaan pertama. KTM tahu apa yang saya mahu dan saya tahu akan ada peningkatan.”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related