Ketika pihak media memulakan sesi temubual ia seakan-akan mengimbau memori lama menemubual seorang pelumba dari Vasto Itali yang berada dalam MotoGP sejak 2005 hingga 2019. Andrea kembali ke MotoGP setelah dipanggil Rossi untuk pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team bagi menggantikan Fabio Di Giannantonio yang dijadualkan bakal menjalani pembedahan.
Baca juga: Rossi panggil Iannone
Jumaat petang di Sepang sedikit lain kerana ini temu bual bersama pelumba yang pernah menang 4 kali dalam kelas 125cc, 8 kali dalam Moto2 dan sekali dalam MotoGP di GP Austria 2016 bersama jentera Ducati.
Tidak seperti sesi hari Khamis, hari Jumaat Andrea Iannone telah pun berada atas jentera Ducati GP23. Raut wajahnya seakan-akan gembira dan gembira juga bertemu rakan-rakan media yang lama melaporkan berita MotoGP.
“Menakjubkkan, sangat menakjubkan. Braking point entry, corner speed ini adalah perbezaan paling besar. Sukar untuk sampai ke had. Dalam 25 pusingan saya rasa saya belum sampai, setiap pusingan saya cuba dan cuba, saya belum rasa hadnya.
“Hebat. Kamu perlu faham, tanpa ujian tanpa apa-apa ia sukar tetapi saya gembira akhirnya saya hampir 2 saat dengan Pecco saya rasa 1.9 saat bukan teruk sangat.” – Kata Andrea
Ketika ditanya mengenai perbezaan antara jentera Ducati MotoGP dan Ducati WorldSBK sama ada memerlukan keupayaan fizikal yang berbeza. Ini jawapan Iannone:
“Cuma ketika membrek. Ia senang untuk dibawa, lebih stabil, apabila masuk ia lebih senang. Dengan disc break ia hancur, jentera ini memerlukan kekuatan fizikal.
“Jentera MotoGP sekarang sangat mudah jika dibandingkan dengan jentera MotoGP 2019, sangat mudah. Jentera sangat lancar. Saya bawa jentera dengan diri sendiri dan tidak mengikut sesiapa. Saya beberapa saat dibelakang dengan tayar terakhir, saya tidak boleh ikut terlalu rapat kerana dengan kekurangan pengalaman aerodinamik saya tidak boleh jangka sesuatu berlaku jadi saya tidak mahu buat sebarang kesilapan.”
Semasa sesi Free Practice Andrea Iannone catat masa 2:00.651 saat dengan perbezaan +1.856 saat Francesco Bagnaia. Dalam sesi Practice pula Iannone buat peningkatan dengan catatan 1:59.618 dengan perbezaan +1.939 saat dibelakang Pecco.
Dalam Free Practice 2, Iannone catat masa 2:00.497 saat untuk berada pada kedudukan ke-21 dengan perbezaan +1.839 saat dari Pecco. Dalam Q1 beliau catat masa terbaik dengan 1:58.183 namun tidak melayakkan diri ke Q2.
Pada hari Sabtu Andrea menamatkan Sprint Race dengan tempat ke-19 dan perlumbaan Ahad ditempat ke-17. Sejurus tamat perlumbaan Iannone kembali berkongsi minggu yang mencabar bagi dirinya setelah empat tahun meninggalkan MotoGP.
“Saya punya lengan, bahu dan bahagian atas badan habis. Sasaran saya untuk minggu ini untuk tidak buat kesilapan dan habiskan perlumbaan. Itu saya dapat lengkapkan seratus peratus.”
Apabila ditanya mengenai sama ada akan berlumba di Barcelona atau tidak, beliau akui tidak tahu.
“Saya tidak tahu, buat masa ini tiada siapa tanya saya dan saya tidak tahu. Saya tidak mempunyai tenaga untuk berfikir sekarang mengenai Barcelona. Saya tunggu andai Vale, Gigi atau sesiapa meminta saya cuba putuskan. Saya rasa Barcelona lebih mudah dari Malaysia sudah pasti.”
Apabila ditanya mengenai had yang beliau kongsikan pada petang Jumaat, ini jawapan Andrea.
“Had bagi Andrea buka jentera, bila saya kemalangan, saya rasa had itu. Bila saya tidak kemalangan saya sukar untuk sampai ke had seperti hari pelumbaan, saya tidak capai had.”
Andrea juga berkongsi beliau sangat bergelut semasa braking point dan memerlukan kekuatan badan yang lebih. Ketika arikel ini ditulis Andrea masih menunggu panggilan dari Vale untuk ke Barcelona. Namun sebelum ini memintanya untuk mewakili pasukannya untuk dua pusingan terakhir.