Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Alvaro Carpe sertai Redbull KTM Ajo Moto3 2025, bakal debut di Barcelona minggu depan

Juara Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 dan juga merupakan seorang bintang baru dalam KTM GP Academy, Alvaro Carpe dilaporkan akan bergandingan dengan Jose Antonio Rueda bagi mewakili Red Bull KTM Ajo RC4 dalam kempen Kejuaraan Dunia Moto3 pada tahun depan.

Carpe juga dimaklumkan bakal membuat penampilan sulungnya di pusingan akhir Grand Prix di Barcelona minggu depan selepas menerima tiket wild-card.

Pelumba berusia 17 tahun yang berasal dari Sepanyol itu, merupakan bakat muda yang semakin meningkat naik ketika ini dan diberikan tanggungjawab dalam membantu pasukan Ajo untuk memantapkan lagi barisan pelumba dalam kategori Moto3 untuk kali keempatnya semenjak lima tahun lalu.

Ajo mempunyai rekod cemerlang dalam membentuk pelumba seperti Pedro Acosta, Daniel Holgado, Deniz Öncü dan Rueda mencapai kemenangan dan juga berada di kedudukan podium dalam setengah dekad yang lalu.

Alvaro Carpe, winner of Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024, celebrates with the golden helmet at Misano circuit in Italy on September 8, 2024. // Gold & Goose / Red Bull Content Pool // SI202409080204 // Usage for editorial use only //

Sekadar info, pelumba berasal dari Muria ini pernah menduduki tempat kedua dalam kejohanan Red Bull Rookie Cup 2023 dan meraih kemenangan sulungnya di Red Bull Ring pada musim tersebut. Pada tahun ini pula, beliau turut meraih empat kemenangan dan berada di atas podium sebanyak lima kali.

Ketika ini, dengan berbaki lagi dua pusingan Carpe sudah membuktikan kehebatannya apabila turut mendahului carta FIM JuniorGP dan beliau telah disangkal untuk menjadi ‘pemenang berganda’ ketiga berturut-turut seperti rakan sepasukannya yang turut berjaya menjuarai kejohanan tersebut pada tahun 2022.

Alvaro Carpe:

Menandatangani kontrak bersama pasukan hebat ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya kerana mereka adalah antara pasukan terbaik di grid. Saya tidak sangka mampu sampai ke tahap ini dengan apa yang telah saya buktikan ketika Red Bull MotoGP Rookies Cup dan JuniorGP. Saya sangat gembira dan teruja untuk memulakan musim dan perlumbaan pertama di Thailand pada tahun 2025.

Saya akan memulakan tahun pertama saya sebagai pelumba baru yang bekerja keras dan akan sentiasa memberikan 100%.Saya juga sangat teruja dengan debut saya sebagai wildcard. Ia adalah impian sejak kecil, dan berlumba dengan pasukan hebat ini, dengan sejarah mereka, membuatkan saya berasa lebih bangga.”

Aki Ajo, Prinsipal Pasukan Red Bull KTM Ajo:

“Saya sangat gembira untuk menerima seorang lagi pemenang Red Bull MotoGP Rookies Cup dalam struktur kami. Sudah tentu, saya secara peribadi merasakan Alvaro adalah pilihan terbaik untuk kami kerana dia telah menunjukkan potensinya, kelajuannya, dan juga kematangannya semasa perlumbaan. Dalam beberapa tahun terakhir, dia telah mencapai banyak podium dan kemenangan.

Salah satu perkara yang paling saya suka tentangnya adalah kerja keras dan dedikasinya untuk mencapai sasarannya. Saya percaya dia akan membentuk pasukan yang hebat bersama Jose Antonio Rueda. Mereka boleh belajar banyak antara satu sama lain, dan saya yakin, bersama-sama kita boleh mencapai kejayaan besar.

Sudah tentu, Alvaro juga merupakan pilihan yang tepat oleh program berjaya KTM GP Academy, yang mana kami berbangga menjadi sebahagian daripada itu dan kami akan terus berusaha dalam mendapatkan potensi maksimum daripada para pelumba.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related