Hari kedua ujian pra‑musim MotoGP di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang menyaksikan Alex Márquez menutup hari dengan mencatat masa terpantas sesi petang, meskipun kedudukan keseluruhan hanya meletakkannya di P12.
Alex menjadi pelumba pertama yang terjatuh pada hari Rabu selepas insiden di Selekoh 5 di sesi pagi. Pada ketika itu, beliau sedang menguji pelbagai komponen serta menggunakan tayar belakang medium yang sudah sangat haus.
Dalam sesi media, Alex menerangkan punca kejadian dengan jelas:
“Kami cuba banyak perkara pagi tadi, termasuk guna tayar yang sangat‑sangat used. Bila kami pasang tayar soft baru, perbezaan kelajuannya sangat besar, boleh jadi laju dua saat. Pada masa itu, perlu kawal sedikit. Cengkaman trek juga sangat tinggi… bahagian belakang akan menolak bahagian depan… tapi tiada apa‑apa yang serius.”
Walaupun terjatuh, Alex tidak mengalami kecederaan dan kembali ke trek untuk meneruskan program ujian.
Hujan lebat mengganggu sebahagian besar FP4, menyebabkan ramai pelumba memilih untuk tidak turun ke trek. Namun Alex kembali dengan tayar used dan tetap mencatat masa terpantas sesi tersebut, sekitar 1:58.094,
“Petang tadi saya mula semula dengan tayar used dan saya buat 58.0. Rasa bagus, jadi saya faham punca kemalangan itu.”
Walaupun terpantas dalam FP4, masa itu tidak cukup untuk mengangkat kedudukannya secara keseluruhan, dan Alex menutup hari di P12, berada di belakang Tech3’s Enea Bastianini dan pelumba Honda factory kedua, Luca Marini.
Apabila ditanya mengenai perubahan sejak pertama kali mencuba jentera ini di Valencia, Alex berkata jentera Ducati ini masih mengekalkan identitinya:
“Jentera sentiasa boleh ditambah baik… anda boleh ada lebih cengkaman, lebih kelajuan di jalan lurus, lebih kuasa untuk brek… tetapi pakej tahun lalu dengan yang ini agak serupa. Rasa yang diberi kepada saya hampir sama. Ini perkara positif… kami tidak kehilangan karakter jentera tahun lepas.”

Alex juga menjelaskan bahawa hujan yang turun awal sesi petang telah menjejaskan pelan asalnya untuk membina setup asas:
“Saya sebenarnya mahu sesi petang yang lebih tenang untuk perbaiki setup… tapi kemudian hujan turun. Jadi saya masih belum tahu sejauh mana potensi pakej ini atau di mana had jentera ini.”
Sebagai pelumba yang kini menerima lebih banyak input teknikal daripada Ducati, Alex mengakui jumlah kerja semakin meningkat:
“Kurang masa untuk pelumba mencari had atau kompromi setup… tetapi lebih banyak kerja, dan itu sesuatu yang saya suka.”
Beliau turut mengesahkan kehadiran figura penting Ducati seperti Gigi, Riccardo dan Davide yang kerap keluar masuk ke garaj Gresini:
“Kami sama seperti tahun lepas… sepanjang hari mereka datang lebih kerap kerana kami mencuba perkara yang pasukan factory belum cuba.”
Dengan banyak komponen ujian tertangguh akibat hujan, Alex menjangka hari ketiga ujian akan menjadi hari paling sibuk setakat ini:
“Esok akan jadi hari yang lebih panjang… saya akan cuba siapkan semua kerja dan ujian pada waktu pagi dan petang cuba buat simulasi sprint.”
Apabila ditanya sama ada beliau akan melakukan simulasi sprint dan perlumbaan sekaligus, Alex berseloroh,
“Terlalu banyak. Satu sahaja. Saya boleh buat kedua‑dua, tetapi saya akan habis dengan buat 2:04.”
Alex Marquex yang terpantas di sesi petang hari kedua, diikuti Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) di tempat kedua (+0.611s) dan Maverick Viñales (Red Bull KTM Tech3) di tempat ketiga (+0.786s).



