Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Ai Ogura gementar dalam penampilan sulung di MotoGP

Juara Dunia Moto2 2024, Ai Ogura mengakui berasa sedikit gementar dengan kelibat pelumba-pelumba hebat di litar bagi penampilan sulungnya di MotoGP pada sesi ujian menjelang musim 2025 pada Selasa lalu.

Pelumba Trackhouse Racing itu turut menyatakan pengalaman bersama jentera MotoGP yang jelas berbeza berbanding jenteranya di Moto2 itu dengan mengungkapkan kelajuan jentera barunya tidak memberikan sebarang kesukaran untuknya menyesuaikan diri.

“Pertama sekali, saya tiada masalah sepanjang sesi ujian, baik dari segi mekanik, kakitangan, dan sebagainya, kecuali insiden kemalangan. Dari segi pasukan, pasukan saya mereka semua orang yang baik, tetapi saya masih dalam proses mengenali mereka. Secara keseluruhan, ia adalah hari pertama yang baik.

“Saya terkejut dengan kebolehan jentera MotoGP, jadi saya bermula perlahan untuk bertenang , memecut dengan berhemah, dan itu merupakan perkara yang paling sukar untuk saya. Ia agak berbeza dari segi pengurusan kelajuan. Selepas dua atau tiga pusingan baru saya mula rasa selesa dengan kelajuan tersebut dan dari segi tayar karbo ianya tidak banyak perbezaan.

“Meskipun saya terjatuh sekali pada sesi pagi, namun saya cuba mendapatkan semula keyakinan saya dan perlahan-lahan semakin pantas. Saya memahami banyak perkara selepas dua atau tiga pusingan dan cuba untuk mempercepatkan lagi kelajuan. Secara keseluruhan, saya rasa hari ini hari yang baik.

Turut mengulas mengenai kehadiran kamera dan liputan yang menyeluruh di litar sejurus selepas memasuki kategori MotoGP, Ogura tidak berdepan sebarang masalah.

“Sudah tentu semua pelumba hebat ini membuatkan anda rasa gugup, terutama apabila melihat mereka di litar bersama kamera, tetapi saya berjaya mengatasinya dengan baik, tiada masalah,” ungkapnya.

Pelumba berusia 23 tahun ini akan memulakan kariernya dalam MotoGP dengan menunggang jentera Aprilia RS-GP sepanjang bersama pasukan Trackhouse Racing bagi musim 2025.

Beliau yang sebelum ini pernah memenangi gelaran juara dunia bersama pasukan MT Helmets-MSi ini berjaya melengkapkan 86 pusingan dan menamatkan sesi ujian di Barcelona itu di kedudukan ke-21.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related