Raul Fernandez disahkan tidak ‘fit’ untuk meneruskan saingan di GP Malaysia.
Selepas sesi latihan 1, Raul fernandez telah disahkan tidak akan mengambil bahagian dalam aksi hujung minggu ini.
Sebelum ini, Pemenang GP Britain itu turut terlepas aksi GP Philip Island akibat kecederaan keretakan pada jari telunjuk kanannya yang dialami di Mandalika yang menyebabkan pelumba bernombor #25 itu terpaksa menarik diri daripada meneruskan aksi di Australia sebelum ianya dibatalkan akibat cuaca buruk.
Walaupun keretakan tulang tersebut berada dalam keadaan stabil, keradangan pada tisu lembut di sekitar kawasan kecederaan masih disahkan tidak cergas sepenuhnya untuk beraksi.


