Wira Itali, Kimi Antonelli Sempurnakan Impian Juara Di Halaman Sendiri

Sorakan padu ribuan penyokong tempatan bergema di Litar Monza apabila pelumba muda sensasi, Andrea Kimi Antonelli, berjaya melakar sejarah menjulang kemenangan manis di halaman sendiri, menamatkan penantian selama 60 tahun buat warga Itali sejak kejuaraan Ludovico Scarfiotti pada tahun 1966.

Sekiranya skrip perlumbaan ini ditulis untuk sebuah filem Hollywood, orang ramai mungkin akan menganggapnya mustahil, namun Kimi menjadikan impian setiap anak jati Itali satu kenyataan yang mengagumkan. Memulakan perlumbaan dari petak ke-19 akibat penalti komponen enjin, peluang anak muda berusia 20 tahun itu untuk menaiki podium tampak tipis. Walau bagaimanapun, perlumbaan bertukar dramatik apabila kemalangan Charles Leclerc mencetuskan red flag seawal pusingan awal.

Selepas perlumbaan dimulakan semula, Kimi yang kini memulakan perlumbaan di petak ke-12 mempamerkan pemanduan serba agresif untuk mengejar grid hadapan. Dalam 18 pusingan sahaja, anak muda ini berjaya memintas keseluruhan grid termasuk rakan sepasukannya, George Russell yang mendahului sejak awal perlumbaan.

Kedua-dua pemandu Mercedes ini saling bertukar kedudukan untuk beberapa pusingan, diikuti rapat oleh Max Verstappen di tempat ketiga. Keadaan berubah apabila jentera Lance Stroll mengalami masalah teknikal dan mencetuskan Virtual Safety Car, membenarkan Kimi dan Max melakukan hentian pit percuma.

Taktik pit yang kemas, dibantu oleh kelebihan tayar ‘medium’ yang masih ada pada Kimi, membantunya untuk terus mengejar grid sehinggalah dia berjaya merapatkan jurang dengan George yang sedang bergelut dengan masalah suspensi tayar kiri.

Pertarungan sengit roda-ke-roda yang melibatkannya dengan rakan sepasukan Mercedes, George Russell, mencapai kemuncak di selekoh Variante del Rettifilo dan Ascari. Walaupun jenteranya hampir terbabas ke kawasan gravel, Antonelli mengawal stereng dengan ketenangan luar biasa untuk memintas Russell dan terus meluncur megah ke garisan penamat.

Kimi menjuarai GP Itali di hadapan ribuan penyokong tempatan yang bersorak riuh, diikuti oleh George Russell, Max Verstappen, Lando Norris, Oscar Piastri, Lewis Hamilton, Pierre Gasly, Arvid Lindblad, Franco Colapinto dan Yuki Tsunoda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related