“Saya lahir rasa syukur atas 3 kali podium di tanah air sendiri”

Itu luahan pemilik pasukan Motul Honda Asia Team, Shahrol Yuzy kepada dua pelumba beliau bagi kategori Underbone 150 selepas prestasi yang kurang konsisten untuk beberapa sebelum ini.

Shahrol Yuzy turut berkongsi walaupun pusingan ke-5 masih hanya mempunyai 1 sesi Practice pada hari Jumaat disebabkan masalah kargo pasukannya mampu lalukan dengan baik hasil kerjasama baik sepasukan.

Yuzy turut meluahkan kategori ini sememangnya sukar sejak kategori 130cc dimana saingan cukup sengit terutama cuba mengatasi pengeluar Yamaha.

Paling mencuri tumpuan selepas beberapa siri kemalangan melibatkan Ahmad Darwisy dalam kejohanan berlainan sebelum ini yang sedikit mengganggu prestasi peribadi, Darwisy berjaya mencuri kedudukan kedua dalam race 2 sekali pun jahitan dibelakang badan masih baru.

“Saya tidak sangka dapat meraih podium P2 di Sepang sekali pun masih terdapat kecederaan kecil disebabkan kemalangan baru-baru ini dan masih dalam tempoh pemulihan.

“Semestinya saya masih trauma namun ayah dan Yuzy beri motivasi untuk teruskan perlumbaan tanpa rasa putus asa. Alhamdulillah kali ini saya berjaya ke podium P2.” kongsi Darwisy.

Dalam pada itu, anak kepada Yuzy, Shahrol Syazras yang berjaya merangkul podium tempat ke-3, 2 kali turut mengakui beliau amat-amat bersyukur dengan pencapain di tempat sendiri selepas aksi yang kurang konsisten untuk sampai ke podium.

“Syukur Alhamdulillah, pertama saya ingin berterima kasih pada pasukan yang menyediakan jentera dengan baik. Saya bergelut sejak pusingan di Jepun. Bagaimana pun saya yakin dengan diri sendiri yang mampu lakukan yang lebih baik setiap pusingan. Syukur kali ini dua kali P3” kongsi Syazras selepas perlumbaan.

Darwisy dan Syazras kini mengumpul berkongsi 78 mata untuk berada pada kedudukan ke-7 dan 8 keseluruhan. Manakala Motul Honda Team Asia berada dikedudukan ke-5 dengan 156 mata.

Dalam pada itu pelumba pasukan yang sama bagi kategori AP250, Irfan Haykhal terpaksa berehat panjang akibat kecederaan dan mengalami patah bahagian kaki dan menjalani pembedahan di ibu negara selepas berdepan dengan kemalangan pada hari Sabtu sebelum perlumbaan.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related