Podium Gasly Pada GP Monaco Ditarik Semula

Keputusan rasmi GP Monaco yang berlangsung pada Jun lalu akhirnya dimuktamadkan sepenuhnya mengikut keputusan juri yang baharu dikeluarkan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) hari ini.

Pada hari perlumbaan, keputusan klasifikasi akhir mencatatkan Kimi Antonelli sebagai pemenang tempat pertama, diikuti oleh Lewis Hamilton di kedudukan kedua, manakala Isack Hadjar melengkapkan podium di tempat ketiga.

Walaubagaimanapun, keputusan perlumbaan berkenaan bertukar menjadi kontroversi hangat seusai perlumbaan tamat selepas pasukan Alpine mengemukakan rayuan berhubung penalti yang dikenakan ke atas pemandu mereka, Pierre Gasly. Rayuan awal tersebut pada mulanya memihak kepada Alpine, sekali gus menyaksikan Gasly melonjak ke kedudukan ketiga dan mengambil alih pentas podium daripada Hadjar.

Tindakan itu kemudiannya mencetuskan rasa tidak senang oleh pasukan-pasukan lain yang bertindak mengemukakan rayuan balas bagi memprotes perubahan kedudukan berkenaan.

Selepas membuat semakan terperinci berhubung isu tersebut, FIA hari ini memutuskan bahawa kesemua penalti asal yang dikenakan adalah kekal dan mesti dikekalkan. Keputusan muktamad ini secara rasmi menarik balik status podium Gasly dan mengembalikan kedudukan rasmi perlumbaan seperti asal.

Berikut adalah kedudukan akhir klasifikasi pelumba setelah penalti ke atas Gasly dikenakan semula:

1. Kimi Antonelli (Mercedes)
2. Lewis Hamilton (Ferrari)
3. Isack Hadjar (Red Bull Racing)
4. Oscar Piastri (McLaren)
5. Liam Lawson (Racing Bulls)
6. Arvid Lindblad (Racing Bulls)
7. Pierre Gasly (Alpine)
8. Alex Albon (Williams)
9. Esteban Ocon (Haas)
10. Fernando Alonso (Aston Martin)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related