Koleksi Uniqlo x Formula 1 Bakal Tiba di Malaysia 21 September Ini

Menjelang kemuncak kembalinya Formula 1 di Sepang pada 2 – 4 Oktober 2026 ini, Uniqlo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan koleksi kemeja-T grafik Disney x Formula 1® UT yang bakal dilancarkan pada 21 September ini. Kerjasama julung kali antara Disney dan Formula 1 di bawah label UT Uniqlo, bukan sebarang kolaborasi biasa rentetan sambutan hangat yang diterima oleh negara-negara seperti Jepun dan Cina.

Koleksi ini sebenarnya sebahagian daripada projek “MAGIC FOR ALL”, iaitu satu inisiatif Disney dan Uniqlo yang telahpun berlangsung hampir sedekad, menghadirkan reka bentuk penuh nostalgia dengan sentuhan moden setiap musim. Akan tetapi, kolaborasi kali ini membawa masuk elemen-elemen baharu iaitu kelajuan dan adrenalin dunia Formula 1 untuk satu koleksi unik yang memang lain daripada yang lain.

Antara reka bentuk grafik yang paling unik adalah kemeja-T putih bertemakan ‘Mickey Mouse Racing Team’. Pada tee ini, Mickey diberikan nombor perlumbaan #28, sempena tahun kelahiran karakter ikonik ini pada tahun 1928. Detail-detail kecil sebegini yang membuatkan para peminat lama Disney terus jatuh hati. Bukan sekadar cantik, tapi ada juga kisah sejarah di sebaliknya. Reka bentuk turut menampilkan logo rasmi Disney x F1 serta motif bendera kotak-kotak yang menjadi simbol kemenangan dalam dunia perlumbaan. Gabungan warna klasik dan elemen perlumbaan ni menjadikan setiap helai terasa seperti koleksi eksklusif yang memang patut diperagakan di Litar Sepang pada awal Oktober ini bersempena dengan kembalinya F1 buat julung kalinya di bumi Malaysia sebagai Bahrain GP.

Seperti yang telahpun disebutkan tadi, koleksi ini mendapat sambutan yang amat baik di Jepun serta Cina, oleh itu jangan tunggu lama untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini di Uniqlo berdekatan anda ataupun secara online di https://www.uniqlo.com/my/en/ bermula 21 September 2026. Lebih-lebih lagi bila koleksi ini melibatkan dua franchise besar dunia iaitu Formula 1 dan Disney.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related