Haziq Fairues Mahu Manfaatkan ‘Hometown Race’ Yam Racing Untuk Kukuhkan Kedudukan CP150

BATU KAWAN, PULAU PINANG — Pendahulu kejuaraan CP150, Haziq Fairues mengakui perlumbaan di Batu Kawan, Pulau Pinang kali ini cukup istimewa buat dirinya dan pasukan IDEMITSU HONDA YAM RACING.

Walaupun berasal dari Selangor, Haziq melihat pusingan keempat MAM Malaysian Cub Prix Championship ini sebagai satu peluang untuk memberikan aksi terbaik di hadapan penyokong pasukan yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Pelumba jentera Honda RS-X itu kini berada di puncak carta CP150 dengan 50 mata, meninggalkan pelumba Yamaha, Kasma Daniel Kasmayudin dengan kelebihan 10 mata, manakala Azroy Hakeem pula 14 mata di belakangnya.

Bagaimanapun, Haziq tidak mahu terlalu memikirkan kedudukannya dalam kejuaraan ketika ini. Sebaliknya, fokus utama adalah untuk mendapatkan keputusan terbaik dan mengutip sebanyak mungkin mata.

“Perlumbaan di Pulau Pinang agak menarik kerana ia merupakan hometown race untuk pasukan Yam Racing. Sasaran awal saya adalah untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

“Perlumbaan di Pulau Pinang agak menarik kerana ia merupakan hometown race untuk pasukan Yam Racing. Sasaran awal saya adalah untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

“Semestinya kita akan cuba all out untuk perlumbaan, tetapi saya tidak mahu terlalu memberi tekanan terhadap kedudukan keseluruhan. Fokus saya adalah pada perlumbaan terlebih dahulu dan cuba kutip mata semaksimum mungkin,” katanya.

Pusingan keempat MAM Malaysian Cub Prix Championship akan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang.

Dengan keadaan cuaca yang dijangka tidak menentu serta kebarangkalian hujan, strategi dan pengurusan perlumbaan bakal menjadi antara faktor penting dalam usaha Haziq mengekalkan kedudukannya di puncak CP150.

Bagi pendahulu kejuaraan itu, misi di Batu Kawan jelas — kekal konsisten, tamatkan perlumbaan dan bawa pulang sebanyak mungkin mata.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related