9 Pelumba F1 2026 yang Hanya Pernah Memandu Litar Sepang di ‘Alam Maya’

Petronas Sepang International Circuit (SIC) pernah menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia F1 dari 1999 hingga 2017, sebelum acara itu digugurkan atas sebab kos dan jualan tiket yang menurun. Kini litar kebanggaan negara bakal kembali menghangatkan kalendar F1 pada 2-4 Oktober 2026, apabila ia menjadi tuan rumah gantian bagi Grand Prix Bahrain. Namun menariknya, daripada 22 pelumba pada grid 2026, sekurang-kurangnya 9 orang belum pernah memandu di Sepang langsung sama ada dalam kategori F1, F2/GP2, F3/GP3, mahupun ujian persendirian. Ini kerana kategori junior turut berhenti melawat litar tersebut selepas 2016/2017.

9 Pelumba F1 2026 yang belum pernah ke Sepang:

  1. George Russell (Mercedes) – Bermula GP3 pada 2017, ia merupakan tahun pertama litar Sepang digugurkan daripada kalendar siri itu. Debut F1 beliau pada 2019, dua tahun selepas Sepang meninggalkan kalendar F1.
  2. Lando Norris (McLaren) – Berlumba F3 Eropah dan F2 antara 2017-2019, kesemuanya litar-litar di mana Sepang sudahpun digugurkan, sebelum debut F1-nya pada 2019.
  3. Oscar Piastri (McLaren) – Kerjaya junior beliau (F3 2020, F2 2021) dan debut F1 (2023) berlaku sepenuhnya selepas era F1 di Sepang tamat.
  4. Franco Colapinto (Alpine) – Pelumba Argentina ini menempuh laluan F4 hingga F2 di Eropah sebelum debut F1 pada 2024.
  5. Oliver Bearman (Haas) – Beliau naik pangkat daripada F2 2023 terus ke F1 2024, tanpa pernah menjejak kaki ke Sepang.
  6. Gabriel Bortoleto (Audi) – Juara F2 2024 asal Brazil ini turut tiada rekod perlumbaan di Sepang.
  7. Isack Hadjar (Red Bull) – Debut F1 2025 selepas laluan F2 2023-2024.
  8. Kimi Antonelli (Mercedes) – Bintang muda Itali ini, 19 tahun, hanya bermula F3/F2 pada 2023-2024 jadi tentunya suah terlalu lewat untuk sempat ke Sepang.
  9. Arvid Lindblad (Racing Bulls) – Rookie termuda grid 2026, baru sahaja tamat F2 2025. Bakal merasai keunikan litar Sepang pada rookie season-nya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related