Nampak Kecil Tetapi 1kg Boleh Mengubah Keputusan Perlumbaan F1

Kalau saya beri anda RM1 juta, apa yang anda akan beli? Dalam F1, wang sebanyak itu mungkin hanya digunakan untuk menjimatkan satu kilogram berat.

Ya, satu kilogram mampu mengubah nasib pelumba dalam F1!

F1 ialah sukan yang mengukur prestasi hingga ke tahap maksimum, bermakna setiap inci kereta adalah penting bagi memastikan kereta dapat mengekalkan kelajuan dan momentum untuk berlumba dalam jarak sepanjang 300km per GP.

Semakin ringan sesebuah kereta, semakin baik prestasinya ketika memecut, membrek dan mengambil selekoh. Walaupun perbezaannya kelihatan kecil, setiap kilogram tambahan boleh memberi kesan kepada masa sepusingan. 

Sebagai panduan umum dalam F1, tambahan 10kg boleh menyebabkan kereta kehilangan sekitar 0.3 saat setiap pusingan, bergantung kepada litar. Ini bermakna 1kg sahaja boleh memberi kesan sekitar 0.03 saat bagi setiap pusingan.

Nampak kecil?

Jika perlumbaan berlangsung selama 60 pusingan, perbezaan itu boleh mencecah hampir dua saat, cukup untuk menentukan sama ada seorang pelumba memenangi perlumbaan atau sekadar menaiki podium.

Setiap Gram Amat Bermakna

Kereta yang sedang bergerak laju memberi kesan kepada komponen kereta. Komponen yang ringan berkemungkinan tidak dapat menahan daya graviti yang kuat. Jadi, pasukan akan menggunakan bahan seperti gentian karbon (carbon fibre), titanium dan aloi khas yang bukan sahaja ringan, malah cukup kuat untuk menahan daya luar biasa ketika perlumbaan.

Malah, ada komponen yang direka semula hanya untuk menjimatkan beberapa ratus gram. Dalam F1, setiap gram dikira.

Had Berat Minimum

Di sinilah perkara menjadi lebih menarik. Selepas berusaha menjadikan kereta seringan mungkin, kebanyakan pasukan sebenarnya akan menambah semula berat pada kereta menggunakan pemberat khas yang dikenali sebagai ballast.

Kerana FIA menetapkan had berat minimum bagi setiap kereta. Jika kereta dibina lebih ringan daripada had tersebut, pasukan bebas meletakkan ballast di lokasi yang paling menguntungkan.

Dengan mengubah kedudukan ballast, jurutera boleh memperbaiki keseimbangan kereta, mengoptimumkan pengagihan berat dan meningkatkan prestasi di litar.

Dalam F1, kejayaan bukan hanya bergantung kepada enjin paling berkuasa atau pelumba paling berbakat. Kadangkala, kemenangan bermula dengan sesuatu yang nampak remeh — satu kilogram.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related