“Box, Box!” Arahan Yang Menentukan Perlumbaan F1

Jika anda baru belajar menonton F1, anda pasti pernah mendengar perkataan ini:

“Box, box!”

Mungkin pada awalnya, anda akan terfikir bahawa race engineer ingin merujuk kepada kotak atau bahagian badan kereta tetapi dalam dunia sukan permotoran, “box” ialah istilah untuk pit garage atau pit lane. Jadi apabila race engineer menyebut “Box, box!”, arahan yang ingin disampaikan ialah “Masuk ke pit”.

Kenapa Bukan “Pit”?

Tiada kesalahan untuk menyebut “pit” yang lazimnya orang kenali sebagai pit stop. Kadangkala, race engineer juga menggunakan istilah “Pit this lap!” kepada pelumba. Namun, komunikasi ketika berlumba pada kelajuan lebih 300km/j perlu lebih ringkas dan jelas supaya tidak disalah dengar oleh pelumba. Sebab itu, arahan “Box, box!” menjadi arahan standard dalam semua pasukan untuk memastikan arahan benar-benar didengari.

Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa arahannya diulang dua kali? Mengulang perkataan merupakan amalan biasa dalam komunikasi penerbangan dan sukan permotoran. Jika radio terputus seketika atau bunyi enjin mengganggu, peluang pelumba mendengar arahan menjadi lebih tinggi. 

Apa Yang Berlaku Selepas Arahan “Box”?

Sebaik sahaja pelumba menerima arahan itu, mereka akan menukar laluan ke pit lane dan berhenti untuk menukar tukar atau membaiki kereta jika perlu sebelum kembali ke litar.

Walaupun race engineer boleh memberikan arahan “Box, box!” tetapi pelumba juga dibenarkan untuk menolak arahan tersebut jika mereka merasakan keadaan di litar tidak sesuai untuk menukar tayar. Dalam kebanyakan situasi, keputusan akhir dibuat oleh pasukan kerana mereka mempunyai data strategi, cuaca, tayar dan kedudukan pesaing secara langsung.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related