Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi, disahkan tidak dapat meneruskan saingan Grand Prix Jerman selepas mengalami patah tulang selangka kiri dalam kemalangan ketika sesi Kelayakan 2 (Q2) di Litar Sachsenring, Sabtu.
Pelumba Itali itu terjatuh di Selekoh 7 selepas jenteranya mengalami highside, sebelum tercampak dan meluncur ke kawasan gravel.
Bezzecchi pada mulanya dilihat mampu bangun sendiri dan meninggalkan lokasi kemalangan menaiki skuter bersama petugas litar. Namun, beliau kemudian dibawa ke Pusat Perubatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan sinar-X mengesahkan pelumba bernombor #72 itu mengalami patah tulang selangka kiri, sekali gus memaksanya menarik diri daripada baki saingan Grand Prix Jerman.
Susulan kecederaan tersebut, Bezzecchi akan pulang ke Itali dalam masa terdekat untuk menjalani pembedahan sebelum memulakan proses pemulihan.
Saksikan aksi GP Jerman di Spotv.now.com


