MotoMini perkenal format baharu untuk musim 2026 keluar dari zon selesa

Penganjuran sukan permotoran bersifat akar umbi negara kembali untuk musim baharu dengan pusingan pertama Kejuaraan FIM MotoMini Malaysia 2026 secara rasmi diadakan bermula 15 hingga 17 Mei. Untuk tahun 2026, penganjur ZK Racing memperkenalkan konsep perlumbaan berasaskan pasukan dalam usaha membentuk ekosistem lebih professional bagi pembangunan bakat pelumba cilik negara.

Menerusi konsep baharu ini, setiap pasukan diwajibkan mempunyai minimum dua pelumba dan maksimum empat pelumba selain perlu berdaftar secara rasmi di bawah Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM). Sebagai nilai tambah, MotoMini Malaysia turut memperkenalkan anugerah ‘Team Best Award’ yang akan diberikan kepada pasukan dengan pungutan mata keseluruhan tertinggi sepanjang musim.

Aksi pusingan pertama musim ini dijangka berlangsung sengit pada hari Ahad dengan barisan pelumba terbaik negara turun memburu kemenangan pertama musim ini selepas menjalani persiapan rapi sejak awal tahun. Musim ini, MotoMini Malaysia 2026 kekal mempertandingkan dua kategori utama iaitu MotoMini 190 dan MotoMini 160 selain turut disokong kategori SIC Ohvale Junior Championship serta RCB MotoKidz Championship.

Dalam pada itu, pengurus Kejohanan MotoMini Malaysia, Zulfahmi Khairuddin sifatkan platform ini adalah antara platform terbaik yang ada di Malaysia untuk mencari bakat baharu motosikal bertaraf antarabangsa dan terbukti melalui kejayaan Hakim Danish serta pelumba lain.

“Saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang sangat positif dan maklum balas diterima daripada ibu bapa juga amat baik walaupun mereka perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan dana. Malah sambutan daripada ibu bapa dan penaja juga sangat mengagumkan. Usaha yang mereka tunjukkan dalam mencari penaja memang luar biasa dan kita dapat lihat semua pelumba begitu bersemangat untuk hadir ke pusingan pertama musim ini.”

Ini senarai pelumba bagi setiap kategori:

190cc:

160cc:

SIC Ohvale:

RCB MotoKidz Championship:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related