Bulega terus kejar sejarah di pusingan ketiga WorldSBK

Saingan Kejuaraan Dunia Superbike World Championship(WorldSBK) kembali ke TT Circuit Assen bagi pusingan ketiga musim 2026, dengan litar ikonik itu sekali lagi menjadi tumpuan pelbagai rekod dan pencapaian bersejarah.

Dikenali sebagai salah satu venue paling klasik dalam kalendar, Assen kini berada di tangga kedua paling banyak menganjurkan perlumbaan WorldSBK dengan 71 perlumbaan, hanya lima kurang daripada rekod keseluruhan di Phillip Island.

Pelumba Nicolo Bulega tiba di Assen dengan momentum dan semangat luar biasa selepas mendahului kejuaraan dengan kelebihan 56 mata selepas enam perlumbaan pertama musim ini antara kelebihan terbesar dalam sejarah awal musim WorldSBK.

Pelumba Aruba.it Racing – Ducati itu juga sedang berada dalam prestasi terbaik dengan rekod 19 podium berturut-turut, hanya beberapa langkah lagi untuk menyamai atau memecahkan rekod sepanjang zaman dalam kategori tersebut.

Selain itu, Bulega juga berpeluang mencatat kemenangan ke-9 musim ini jika meneruskan rentak sempurna, sekali gus akan menyamai rekod kemenangan yang pernah dicatat oleh Toprak Razgatlioglu pada musim 2024 dan 2024 iaitu dengan 13 kemenangan.

Pengeluar Ducati juga terus mendominasi sejarah Assen dengan 34 kemenangan di litar tersebut, lebih banyak daripada gabungan pesaing terdekat seperti Honda dan Kawasaki.

Dalam masa sama, legenda Jonathan Rea kekal sebagai pelumba paling berjaya di Assen dengan 17 kemenangan serta 25 podium, menjadikan litar ini antara trek paling “bermakna” buatnya sepanjang karier.

Rekod menarik di Litar Assen

Assen turut menyimpan pelbagai rekod unik, termasuk:

  • 33 perlumbaan terakhir dimenangi oleh pelumba dari dua petak grid terdepan
  • 24 pelumba berbeza pernah menang di Assen
  • Yamaha hanya menamatkan kemarau 16 tahun kemenangan di sini pada musim lalu
  • Tiada kemenangan dari petak pole sejak 2023, menunjukkan perlumbaan semakin tidak boleh dijangka

Statistik turut menunjukkan bahawa beberapa pelumba kini berada dalam fasa penting musim, termasuk rekod kemenangan berturut-turut dan konsistensi podium yang semakin sukar dicapai dalam persaingan sengit tahun ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related