MotoGP secara rasminya kembali untuk tahun 2026 dimana hari ini bermula Ujian Shakedown atau Sepang Shakedown. Untuk tahun ini Sepang Shakedown bermula pada 29 Januari hingga 31 Januari. Ini merupakan Shakedown terakhir untuk era MotoGP moden sebelum bermulanya era baru MotoGP 2027.
Seperti biasa Ujian Shakedown adalah ruang untuk pelumba membuat sebanyak mungkin persediaan menjelang perlumbaan pertama di Buriram Thailand terutama kepada pelumba rookie dan pelumba daripada pengeluar yang masih berada dalam konsesi penuh (Yamaha)
APA ITU UJIAN SHAKEDOWN?
Jika anda baru mengenali MotoGP dan tidak biasa terma Shakedown, ini untuk anda. Dan kepada yang telah lama mengikuti MotoGP, ini masa untuk kita ulangkaji apa itu Ujian Shakedown.
Ujian Shakedown merupakan ujian rasmi pertama bagi musim 2026, khusus untuk pelumba ujian pasukan pengeluar seperti Yamaha, Honda, Ducati, Aprilia dan KTM. MotoGP tidak membenarkan sebarang aktiviti ujian sepanjang bulan Januari. Jadi semasa Shakedown ia memberi peluang untuk menguji semua peralatan dan memastikan sebarang masalah dapat dikenal pasti sebelum sesi ujian utama bermula. Namun bukan semua pelumba dibenarkan.
Shakedown juga menjadi platform penting buat pelumba rookie MotoGP untuk menyesuaikan diri. Musim ini menyaksikan aksi Juara Dunia Moto2 2025, Diogo Moreira (LCR Honda) dan Juara Dunia WorldSBK, Toprak Razgatlioglu (Prima Pramac Yamaha MotoGP). Ini menarik untuk dilihat semasa Shakedown.
Mengikut tetapan yang dibuat oleh MotoGP, Yamaha turut dibenarkan menurunkan semua pelumba tetap mereka kerana masih berada dalam Rank D konsesi, ia boleh dikatakan satu kelebihan besar kerana Yamaha baru memasuki era enjin V4.
SENARAI PELUMBA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
Semua pengeluar akan menurunkan pelumba ujian masing-masing, manakala Yamaha tampil dengan kekuatan penuh melibatkan semua pelumba rasmi mereka:
Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP)
Alex Rins (Monster Energy Yamaha MotoGP)
Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP)
Toprak Razgatlioglu (Prima Pramac Yamaha MotoGP)
Ducati pula menurunkan pelumba ujian berpengalaman Michele Pirro, manakala Aprilia membawa Lorenzo Savadori.
KTM akan menggunakan khidmat Dani Pedrosa dan Pol Espargaro, sementara Honda — kini berada dalam Rank C konsesi hasil prestasi positif musim 2025 — akan diwakili oleh Aleix Espargaro.
Yamaha turut diperkuatkan dengan kehadiran lagenda MotoGP, Andrea Dovizioso, serta Augusto Fernandez.
Ikuti juga perkembangan Ujian Sepang bermula 3 hingga 5 Februari 2026 di tarmacsports.net
Baca juga:


