Nicolo Bulega kekal pelumba ujian Ducati sehingga tamat musim

Pelumba muda Itali, Nicolo Bulega (Ducati Lenovo Team), mempamerkan prestasi memberangsangkan pada penampilan sulungnya di kelas perdana MotoGP di Litar Portimao, Portugal.

Naib juara WorldSBK 2025 itu bermula di petak ke-18 dalam sesi kelayakan, sebelum terlibat dalam insiden kemalangan awal pada perlumbaan Sprint. Namun, Bulega bangkit pada perlumbaan utama hari Ahad apabila berjaya menamatkan saingan di kedudukan ke-15, sekaligus mengutip mata pertamanya dalam MotoGP.

Bulega, yang kini menggantikan juara dunia Marc Marquez bagi baki musim ini, akan terus bersama Ducati di pusingan terakhir di Valencia hujung minggu ini. Menariknya, selain kekal bersaing dalam WorldSBK bersama Ducati musim depan, Bulega turut diberi tanggungjawab baharu sebagai pelumba ujian rasmi MotoGP Ducati.

Pengurus Pasukan Ducati Lenovo, Davide Tardozzi, turut menjelaskan peranan besar yang bakal dipikul oleh pelumba berusia 25 tahun itu dalam satu kenyataan.

“Nicolo akan menjadi individu utama dalam pembangunan jentera kami, kerana kami percaya menjelang tahun 2026, dia akan memiliki pengalaman dan kepantasan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas ini dengan baik, terutamanya dalam memahami karakter tayar baharu.

Sepanjang minggu perlumbaan di Portugal, Bulega banyak menyesuaikan diri dengan perbezaan ketara antara jentera MotoGP dan WorldSBK, termasuk tayar Michelin yang digunakan di MotoGP berbanding Pirelli di WorldSBK, serta penggunaan brek karbon yang lebih agresif.

Menurut Tardozzi, dua perlumbaan terakhir musim ini dan ujian pasca-musim di Valencia akan menjadi medan penting untuk memberi pendedahan awal kepada Bulega terhadap jentera 1000cc dan sistem tayar Michelin sebelum era baharu 850cc diperkenalkan pada tahun 2027.

“Dua perlumbaan terakhir ini serta ujian di Valencia akan membantunya memahami karekter motosikal sepenuhnya sebelum dia mula menilai model baharu Ducati pada tahun hadapan,” tambah Tardozzi.

Kali terakhir Bulega beraksi di Litar Ricardo Tormo, Valencia adalah pada tahun 2021 ketika dalam kelas Moto2. Kini, pelumba kelahiran Montecchio Emilia itu bersedia untuk menamatkan musim 2025 dengan satu lagi peluang berharga, sebelum memulakan peranan penting sebagai sebahagian daripada pasukan pembangunan Ducati menjelang musim depan.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related