Jorge Martin dan Vinales kembali beraksi di Valencia

Jorge Martín disahkan akan bertolak ke Grand Prix Valencia 2025 untuk menyertai pusingan terakhir musim MotoGP.

Perkara tersebut dimaklumkan bergantung kepada susulan pemeriksaan perubatan yang dijadualkan pada Litar di Circuit Ricardo Tormo khamis ini. Juara dunia 2024 itu sebelum ini terpaksa berehat panjang selepas mengalami patah tulang selangka kanan dalam kemalangan ketika perlumbaan Sprint di Grand Prix Jepun.

Sekiranya disahkan cergas, pelumba Sepanyol itu dijangka kembali menunggang jentera RS-GP di hadapan penyokong sendiri sebelum turut mengambil bahagian dalam sesi ujian pasca musim.

Sebelum insiden malang menimpanya, Martín menikmati prestasi cemerlang sepanjang musim 2024 yang menyaksikannya meraih kejuaraan dunia pertamanya dalam kelas premier dengan 16 podium dan beberapa kemenangan bergaya. Walaupun musim 2025 banyak diganggu kecederaan termasuk patah rusuk dan paru-paru ketika kemalangan di Qatar, pelumba Aprilia Racing itu tetap menunjukkan semangat juang luar biasa untuk kembali ke tahap terbaiknya menjelang penutup musim ini.

Dalam masa sama, Maverick Viñales dari pasukan Red Bull KTM Tech3 turut dijangka kembali beraksi di Valencia selepas berehat panjang bagi memulihkan kecederaan bahu yang dialami di Grand Prix Jerman pada bulan Julai lalu.

Sebelum kecederaan itu, Viñales sempat menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila menamatkan sesi latihan di Mugello sebagai pelumba terpantas dan pernah mencabar pelumba Ducati di kelompok hadapan. Namun, selepas tiga perlumbaan yang sukar dan penarikan diri di Grand Prix Indonesia, pelumba berusia 30 tahun itu kini bersedia untuk menutup musim dengan semangat baharu.

Kembalinya dua pelumba Sepanyol itu bukan sahaja menandakan detik penting buat pasukan masing-masing, tetapi juga menambah debaran menjelang perlumbaan terakhir musim ini di Litar Ricardo Tormo.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related