Pertemuan penting antara Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dengan Carmelo Ezpaleta, CEO Dorna dan Carlos Ezpeleta, CSO Dorna berlaku di ibu kota Kuala Lumpur bagi membincangkan kontrak perlanjutan MotoGP dan acara pelancaran musim 2026 (MotoGP Launch) di Kuala Lumpur.
Difahamkan pihak KBS akan membentangkan maklumat lengkap serta perincian data yang dikumpulkan oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kepada mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan pada bulan November sebelum diputuskan.
Perbincangan antara YB Menteri KBS dan Dorna bukan sahaja mengenai MotoGP tetapi bagaimana idea baharu dari Dorna boleh memberi impak dan merancakkan lagi aktiviti sukan permotoran dua roda dari segi pembangunan bakat TVET serta pelaburan asing di SIC selaku hub sukan permotoran Malaysia.
KBS dalam kenyataan yang sama akan bekerjasama rapat dengan pihak Dorna serta SIC bagi merancang kesinambungan penganjuran acara MotoGP Malaysia. Turut hadir dalam pertemuan yang sama adalah CEO SIC, Azhan Shafriman serta Pengerusi SIC, Datin Anita
Sebelumnya, Hannah Yeoh menyatakan Kejohanan MotoGP bukan sekadar perlumbaan tetapi ia menjadi pesta sukan yang menghidupkan semula aura Sepang.
Baca juga:


