Repsol jalin kerjasama baharu bersama MotoGP bermula 2026

Repsol dan MotoGP akan memulakan kerjasama baharu bermula tahun 2026 apabila syarikat tenaga global itu dilantik sebagai pembekal pelincir rasmi bagi kejuaraan Moto2 dan Moto3. Dalam masa yang sama, Repsol turut akan menjadi penaja utama bagi satu Grand Prix MotoGP setiap musim serta menikmati kehadiran jenama yang menonjol di sepanjang kalendar perlumbaan.

Dalam dunia MotoGP, prestasi, kebolehpercayaan dan inovasi menjadi faktor penentu setiap milisaat di litar. Sebagai pembekal pelincir kepada Moto2 dan Moto3, Repsol akan menguji produk mereka dalam keadaan paling ekstrem iaitu dalam perlumbaan sebenar. Langkah ini membolehkan Repsol terus memperkukuh teknologi pelincirannya untuk digunakan dalam produk komersial di seluruh dunia.

Repsol Lubricants mempunyai portfolio produk yang luas, dibangunkan di Repsol Technology Lab yang merupakan salah satu pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) swasta paling maju di Eropah, yang dilengkapi teknologi canggih serta tenaga kerja terdiri daripada 230 penyelidik dan saintis.

Melalui kerjasama bersama MotoGP ini, Repsol Lubricants juga akan melancarkan barisan produk baharu khusus untuk perlumbaan, memperkukuh komitmen mereka terhadap pengguna dengan menawarkan penyelesaian pelinciran untuk semua jenis motosikal daripada jentera berprestasi tinggi hingga penggunaan harian.

Repsol bukan nama asing dalam dunia MotoGP. Syarikat itu telah memainkan peranan penting selama lebih 50 tahun, termasuk kerjasama 30 tahun bersama pasukan Repsol Honda Team, yang merupakan antara gandingan paling berjaya dalam sejarah MotoGP. Kini, Repsol kembali sebagai pembekal utama kepada Moto2 dan Moto3, selain tampil sebagai penaja utama dan jenama rasmi di sepanjang kalendar perlumbaan.

Pengarah Repsol Lubricants, Clara Velasco, turut menyatakan bahawa peluang yang diberikan kepada pasukannya ini menjadi ruang berharga untuk membuktikan keupayaan serta kualiti produk mereka, meskipun beroperasi dalam persekitaran yang penuh cabaran.

“Kerjasama baharu ini bersama MotoGP menandakan langkah penting dalam strategi pertumbuhan global kami. Kami teruja untuk kembali ke arena ini dan membuktikan kualiti serta prestasi pelincir kami dalam persekitaran yang begitu mencabar. Perjanjian ini membolehkan kami terus berinovasi dan menambah baik produk kami bagi memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

“Enjin sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA Repsol, dan ia akan kekal begitu. Melalui kerjasama ini, kami dapat berhubung dengan pelanggan dari sudut yang lebih autentik dan emosional, tanpa menjejaskan reputasi teknikal yang telah kami bina. Kami mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini memastikan setiap kilometer ditempuhi tanpa geseran, dengan keyakinan dan tujuan,” Tambah Pengurus Besar Pelanggan Repsol, Valero Marín.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related