Pedro Acosta buru kemenangan pertama

Pedro Acosta yang memasuki musim keduanya bersama Red Bull KTM Factory di MotoGP kembali dengan harapan tinggi mengiringi setiap langkahnya menjelang musim baru yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Selepas kempen rookie yang cemerlang selepas meraih lima podium, pelumba muda berusia 20 tahun itu masih memburu kemenangan pertamanya.

Namun, Acosta percaya masa merupakan penentu kepada segala kejayaan sebenar yang masih belum tiba.

“Saya sudah hidup dengan tekanan sejak berusia 16 tahun, dan kini saya hampir 21 tahun, tetapi tiada apa yang berubah,” katanya dalam satu temu bual bersama MCN.

“Tekanan dan jangkaan hanyalah sekadar perkataan, tetapi kadangkala perkataan itu boleh memberi beban. Seorang pelumba perlu fokus sepenuhnya kepada jentera mereka,” jelasnya.

Ketika mengimbas musim debutnya yang lalu, Acosta mengakui bahawa kestabilan menjadi cabaran utama baginya.

“Kami kehilangan banyak aspek konsistensi,”

“Kadangkala kita fikir jalan paling mudah adalah garis lurus, tetapi sebenarnya kita perlu mengambil selekoh dan melalui jatuh dan naik dalam kehidupan, Namun sekarang selepas setahun di kelas premier saya jauh lebih yakin” katanya, sambil menggambarkan perjalanannya di MotoGP.

Memasuki musim 2025 sebagai pelumba penuh dalam pasukan kilang KTM, Acosta teruja untuk menghadapi cabaran baharu. Hasil ujian pramusim juga menunjukkan perkembangan positif, dengan Acosta merasakan peningkatan dalam prestasinya.

Acosta kini lebih matang dalam pendekatannya dan bersedia untuk musim yang lebih cemerlang. Dengan pengalaman yang semakin bertambah dan persiapan rapi, Pedro Acosta bersedia untuk mengukir nama lebih jauh di pentas MotoGP, membawa harapan besar bersama KTM dalam meraih kedudukan terbaik di musim 2025.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related