Hari pertama Winter Test : Ducati terima maklum balas positif

MotoGP

Pelumba utama Ducati Lenovo MotoGP terus menampilkan usaha berterusan dalam sesi ujian musim sejuk (Winter Test) di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC) hari ini, dengan tumpuan utama diberikan kepada mengenal pasti kelemahan serta menyesuaikan diri dengan jentera baharu mereka.

Antara yang menjadi perhatian musim ini, Marc Marquez, menyatakan bahawa terdapat perkembangan positif dalam sesi ujian meskipun masa yang ada masih terhad untuk benar-benar memahami karakteristik jentera baharu tersebut.

“Kami cuba untuk mengenal pasti kelemahan jentera ini, dan sekali lagi, perkara positif dapat dicapai apabila saya dan Pecco mempunyai tindak balas serta komen yang sama terhadap jentera ini,” ujar Marquez.

“Kami bergerak ke arah yang sama dan berkongsi matlamat yang serupa. Nantikan langkah demi langkah apa yang bakal kami laksanakan untuk mencapai sasaran kami. Kadang-kadang, terlalu banyak tekanan kepada jentera baharu boleh membawa kepada masalah.

https://twitter.com/MotoGP/status/1887124086368678096

“Setakat ini, enjin lebih lancar dan itu adalah satu perkara yang bagus kerana kami dapat mencapai apa yang kami mahukan. Kami juga akan cuba memperbaiki aspek elektronik bagi memastikan jentera ini lebih kompetitif,” tambahnya lagi.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia, yang juga Juara Dunia 2023, mengakui masih memerlukan lebih banyak masa untuk memahami jentera baharunya sepenuhnya.

“Hari ini bukan hari yang mudah untuk saya menilai jentera ini kerana masa yang ada tidak begitu mencukupi. Namun, untuk sesi ‘time attack’, saya merasakan kami berjaya menghasilkan keputusan yang cemerlang.

“Kami telah memberikan maklumat penting kepada jurutera dan juruteknik bagi memudahkan kerja mereka esok. Setakat ini, jentera baharu ini terasa lebih lancar, terutama ketika memasuki selekoh tajam. GP25 jelas berada dalam kelas tersendiri, tetapi kami masih mempunyai masa untuk mengenal pasti potensi sebenar jentera ini,” ujar pelumba Itali itu.

Buat masa ini, keutamaan utama pasukan Ducati adalah untuk memahami prestasi enjin jentera mereka sebelum perlumbaan pembukaan di Thailand tidak lama lagi.

Kedua-dua pelumba Ducati ini bakal meneruskan sesi ujian hari kedua esok di PSIC. Untuk keputusan penuh hari pertama Winter Test, boleh didapatkan di klik pautan berikut sesi ujian pagi dan sesi ujian petang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related