Marco Bezzechi akui perlu lebih masa bersama RS-GP25

Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri dengan jentera baharunya selepas mengalami beberapa kesukaran dalam sesi ujian musim sejuk (Winter Test) di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC) pagi tadi.

Meskipun begitu, Bezzecchi tetap optimis dengan potensi jentera terbarunya, menyatakan bahawa ia memiliki lebih banyak kelebihan berbanding jentera yang digunakannya pada musim lalu.

“Saya masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan perbezaan yang ada pada jentera baharu ini. Namun, saya sudah mula merasakan keserasian dengannya kerana semakin hari prestasinya bertambah baik.

“Jika dibandingkan dengan tahun lalu, jentera ini jelas lebih baik dari segi kelajuan dan pergerakan. Namun, saya masih perlu mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki, sama ada dari segi tayar atau keadaan keseluruhan jentera.

Kredit : MotoGP

“Dari aspek brek pula, ia jauh lebih responsif dan pantas mencengkam berbanding jentera saya sebelum ini, yang tidak memiliki ciri seperti ini. Keupayaan ini memberikan kestabilan yang lebih baik semasa menunggang, selain membolehkan saya membrek dengan lebih kuat dan yakin.

“Buat masa ini, saya berpendapat kami perlu melakukan beberapa penambahbaikan dari segi dinamik dan elektronik. Namun, dari aspek enjin, seperti yang kita tahu, kejuruteraan Itali sememangnya unggul dalam bidang ini, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya kepada media.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden kemalangan yang kerap berlaku hari ini, Bezzechi percaya ia mungkin berkaitan dengan jenis tayar yang digunakan di atas litar.

“Saya tidak dapat memberi jawapan pasti mengenai jumlah kemalangan yang berlaku hari ini, tetapi berdasarkan pengalaman saya, kami kekurangan pilihan tayar lembut. Tayar ini sebenarnya berfungsi dengan baik di atas litar ini, jadi kami terpaksa berlumba menggunakan tayar medium, yang agak mencabar memandangkan keadaan cengkaman litar yang rendah.

“Selain itu, keadaan cuaca yang berangin pada pagi tadi turut mempengaruhi cara tunggangan kami. Walaupun begitu, secara keseluruhannya, keadaan litar hari ini berada dalam keadaan yang sangat baik,” tambahnya lagi.

Sesi winter test pada sebelah pagi menyaksikan Marcho Bezzechi berada di kedudukan ke-19 dengan catatan masa terpantas, 2:00.250 saat. Keputusan penuh boleh didapati disini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related